Mungkin tak seperti bahan aktif lain yang popular, azelaic acid dikatakan mempunyai fungsi yang sama hebat dalam menangani masalah kulit. Antaranya adalah jerawat, pigmentasi, kulit kering dan sensitif serta rosacea.
Sekiranya kamu kurang familiar atau tak pernah guna bahan aktif ini dalam rutin penjagaan kulit; mari DIVA kongsikan apa sebenarnya azelaic acid, manfaat dan cara nak gunanya.
- Foto – Beauty Edit
Menurut Healthline, azelaic acid adalah carboxylic acid yang berasal daripada bijirin seperti rye, oat dan barli. Tapi untuk skincare, biasanya azelaic acid direka secara kimia untuk pastikan ia sesuai, berkesan dan stabil ketika diletakkan di wajah.
Berbanding AHA, glycolic acid, lactic acid dan mandelic acid, azelaic acid ini memberi pengelupasan yang sangat lembut.
Kalau kamu nak tahu azelaic acid sangat disyorkan untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif, jerawat serta rosacea kerana ia mengandungi ciri anti bakteria dan anti radang.
IKLAN
- Foto – Project Vanity / Dazed
Malah bahan aktif ini juga menjadi ‘penghalang’ pada tyrosinase kerana ia boleh merawat masalah hiperpigmentasi, bintik hitam dan juga parut jerawat yang degil!
Dan cara untuk gunakannya pula, DIVA syorkan untuk kamu padankan azelaic acid bersama bahan yang menenangkan dan mencerahkan seperti niacinamide atau antioksidan.
- Foto – Reddit
Seperti bahan pengelupasan yang lain, pastikan kamu guna dalam kuantiti yang sedikit dan secara berselang-seli. Jangan campurkan dengan bahan aktif lain dalam satu masa yang sama, untuk elak berlakunya kulit merengsa.
Selamat beramal!