Apa yang jenama unggul kegemaran rakyat Malaysia untuk pakaian dalam, Triumph sediakan sempena musim perayaan? Ada sesuatu yang baru menanti?
Menariknya, pakaian dalam sempena koleksi musim perayaan Triumph direka bentuk mengikut keselesaan dań keunikan gaya peribadi setiap wanita.
Keselesaan tanpa wayar menjadi taruhan koleksi musim perayaan kali ini. Menampilkan reka bentuk boleh nafas dan nipis dengan sentuhan feminin, rangkaian ini pasti menjadi pelengkap stail kamu.
Natural Elegance Sleek
Bra tanpa wayar renda penuh dengan garis leher V yang dalam. Ia tampil licin di bawah pakaian dan mempunyai ‘sling’ dalaman. Turut tersedia dalam reka bentuk berwayar, kedua-dua reka bentuknya sesuai digandingkan dengan seluar dalam potongan hipster yang sepadan.
- Foto – Triumph
Terdapat dalam rona Hitam, Nude dan Merah.
IKLAN
Aqua Ying Yang
Bra push-up ini dilengkapi sisi ‘mesh’ yang licin serta ‘sling’ dalaman untuk memberikan kesan ‘push up’ maksimum. Ia mempunyai garis leher yang dalam serta ‘padding’ boleh nafas untuk sokongan kukuh serta penampilan yang selesa dan memikat.
- Foto – Triumph
Tersedia dalam reka bentuk tanpa wayar dan berwayar dalam rona Hitam, Soft Mauve dan Dove Gray.
Shape Up
Bra tanpa wayar dengan padding berserta seluar dalam tinggi pinggang yang sepadan menghasilkan penampilan yang licin dan kemas. Dengan kemasan tidak berkelim dan ‘padding’ yang boleh ditanggalkan, kamu bebas menggayakannya mengikut kesesuaian potongan sendiri.
- Foto – Triumph
Terdapat dalam rona Hitam, Nude dan Ebony Wood. Badan baju (‘corsage’) turut dimuatkan dalam koleksi Shape Up ini.
Koleksi musim perayaan Triumph bermula pada harga RM89.90. Lihat rangkaian penuh di my.triumph.com atau kunjungi butik Triumph berhampiran kamu.