Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

IKEA Lancar Koleksi BLÅVINGAD, Ajak Kanak-Kanak Belajar Tentang Dunia Lautan

by Lisa AG
November 1, 2022
Foto - IKEA

Foto - IKEA

11
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Baik yang kanak-kanak atau dewasa, sesiapa saja akan terpesona dengan lautan. Kehidupan di luat dalam bagaiman menyimpan seribu rahsia. Ia bukan saja menyediakan pelbagai trivia yang menakjubkan, tetapi juga mencetuskan imaginasi kita semua.

Sempena Hari Kanak-Kanak, IKEA Malaysia melancarkan koleksi BLÅVINGAD bagi memupuk minat dalam kehidupan laut serta pemeliharaannya. Daripada pelbagai jenis mainan lembut hingga kepada tekstil bertemakan akuatik, permainan memancing dan pencahayaan yang indah, rangkaian ini terdiri daripada produk-produk yang mengujakan bagi membangkitkan rasa ingin tahu tentang lautan serta beraneka jenis makhluk yang berteduh di dalamnya.

Foto – IKEA

Koleksi BLÅVINGAD memfokuskan reka bentuk pada kehidupan marin, dengan memasukkan bahan lestari seperti poliester kitar semula 100%, yang terdapat dalam barangan tertentu seperti mainan lembut. Antara watak-watak yang dipaparkan dalam BLÅVINGAD, ialah ikan lumba-lumba, orca, paus biru, penyu dan kurita dan beberapa lagi.

Foto – IKEA
Foto – IKEA

Sehubungan itu, IKEA Malaysia turut menganjurkan kempen amal Bermain Demi Masa Depan bagi menawarkan peluang kepada lebih ramai kanak-kanak untuk bermain.

Bagi setiap mainan IKEA terpilih yang dijual antara 27 Oktober dan 27 Disember, RM1 akan disalurkan kepada rakan-rakan kongsi amal tempatannya, termasuk Persatuan Perlindungan Kanak-kanak dan Yayasan Dignity for Children.

Koleksi BLÅVINGAD boleh didapati di semua gedung IKEA di Malaysia, termasuk secara dalam talian di IKEA.my.

BACA:  Tak Rajin Kemas Rumah, Wanita Perlu Ada Ini Sebagai Pembantu
FILED UNDER IKEAikea blavingadkoleksi blavingad
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.