Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Tampil Bergaya Walaupun Tengah Hamil, #DIVAKongsi 10 Idea!

by Soph.Azz
November 1, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

13
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Rasa macam tak ada satu pun yang sesuai dipakai!”

Para ibu perlu ingat sepanjang sembilan bulan hamil, tak bermakna kamu perlu tampil biasa saja dan lupakan hal-hal fesyen. Sama seperti sebelum ini, kamu perlu tahu apa yang sesuai untuk dipakai mengikut bentuk badan kamu ketika hamil. Bukan apa, barulah tak nampak pelik, serba tak kena dan kelakar.

Buat bakal ibu yang tak tahu nak kenakan pakaian atau gaya mana yang sesuai dengan kamu, DIVA ada beberapa idea yang boleh kamu cuba. Yang paling penting, pastikan kamu berasa selesa ye!

IKLAN

  • Paling bergaya dan naik seri ibu hamil apabila kamu kenakan one sleeve dress yang bermotif, sama ada dalam rona hijau atau warna kegemaran kamu!
Foto – Pinterest
  • Lebih feminin dan sangat kasual apabila kamu kenakan gaya vintaj; dress pendek dengan detail puffy sleeve dan sandal slip-on yang dipadukan bersama stokin.
  • Tampil lebih mempersona, kamu juga boleh gayakan crop top putih dengan kain pario dalam motif bunga atau batik.
Foto – Pinterest
  • Lengkapkan gaya bodycon dress monokrom kamu dengan heeled boots dalam rona krim, beg tangan rona putih klasik dan kaca mata hitam.
  • Cuba padankan kemeja yang bertekstur dengan straight jeans, sandal slip-on dan shoulder bag. Baru stail!
Foto – Pinterest
  • Gaya kasual yang perlu dicuba adalah gandingan green t-shirt dan kemeja kotak dalam rona yang sama. Lengkapkan dengan jeans dan tudung putih untuk naikkan lagi seri ibu hamil.
  • Ibu hamil yang bekerjaya juga boleh cuba kenakan long vest dalam rona putih yang dipadankan bersama culotte dalam rona yang sama.
Foto – Pinterest
  • Untuk look semi casual, pakai kemeja dan skirt dalam rona sedondon yang dipadukan bersama blazer dalam rona yang terang seperti pink, navy blue atau emerald green.
  • Lebih selesa dan nampak comel apabila kamu gayakan blaus yang mempunyai perincian puff sleeve yang digandingkan bersama straight jeans serta sandal!
Foto – Pinterest
  • Ringkas dengan paduan pleated culotte dan mules, boleh dipakai ketika membeli-belah, kunjungi rumah keluarga atau bertemu dengan rakan!

Patikan kamu cuba kesemuanya okay?

Tags: fesyen hamil selebritifesyen ibu hamiltips fesyen ibu hamil
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Tampil Bergaya Walaupun Tengah Hamil, #DIVAKongsi 10 Idea!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.