Cuba tanya pada diri ‘adakah kamu sudah bersedia untuk melabur pada kereta?’
Wanita hari ini menguasai kuasa membeli kerana lebih ramai memasuki dunia pekerjaan dan mampu membuat keputusan dalam rumah tangga. Mereka berusaha sedaya upaya untuk melakukan apa yang mereka mahu dengan memanfaatkan ilmu bagi membuat pembelian yang lebih baik.
Contohnya seperti membeli kereta. Wanita mempunyai jangkaan yang tinggi dan memberi penekanan pada jaminan reabiliti. Di bawah DIVA kongsi empat aspek penting wanita moden kena tahu bila membeli kereta.
Miliki Nilai Wang Yang Tinggi
Apabila membeli benda yang berharga seperti kereta, wanita akan berbelanja di tempat yang mereka rasa akan mendapat nilai paling tinggi. Dalam kes ini bermakna, mereka mengenal pasti jenama yang benar-benar memahami dan memenuhi keperluan mereka.
- Foto – Toyota Corolla
Wanita mencari jenama yang boleh dipercayai dan komited untuk menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan untuk menyokong pelbagai keperluan seperti Toyota Corolla. Bukan saja harganya mampu milik tetapi menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pakej insurans, pakej kewangan, dan beberapa lagi.
Melalui perkhidmatan seperti 247 Road Assist dan Toyota Vehicle Telematics System (VTS), ia memberikan keyakinan tambahan kepada wanita untuk memandu pada bila-bila masa yang mereka mahukan.
Bergaya dan Sofistikated
Wanita yang bergaya dan sofistikated sentiasa mencari sesuatu yang memberi statement dan kelas. Ringkasnya, wanita masa kini tahu apa yang mereka mahu dan tidak takut untuk mengejarnya.
Contohnya, Toyota Corolla melengkapkan keperluan wanita dengan memberikan penglihatan, kestabilan dan ketangkasan yang terbaik untuk pengalaman pemanduan yang berkelas melalui platform New Global Architecture (TNGA) Toyota.
- Foto – Toyota Corolla
Pada masa yang sama, wanita dapat menikmati tidak balas yang lebih lancar semasa pecutan dengan enjin 1.8L VVT-i yang menawarkan kuasa seimbang dan kecekapan bahan api, ketahanan, dan yang paling penting kepercayaan oleh Toyota.
Elemen luaran kereta seperti LED daytime running lights (DRL), hiasan bersalut krom berbentuk J dan rim 17” memberikan Toyota Corolla penampilan yang anggun, mewah dan eksklusif untuk wanita berani.
Keselamatan dan Reabiliti
Keselamatan dan reabiliti adalah asas untuk sebarang pengalaman pemanduan yang menyeronokkan. Wanita mengambil serius perkara ini dan mengutamakan ciri keselamatan dalam kereta serta sebarang perkhidmatan tambahan yang disediakan oleh pembuat kereta.
Toyota Safety Sense (TSS) ialah contoh hebat dalam menyediakan wanita dengan ciri yang selamat dan boleh dipercayai untuk meningkatkan keyakinan mereka di jalan raya.
- Foto – Toyota Corolla
Ia dilengkapi dengan Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA), Steering Assist, Lane Tracing Assist (LTA), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Automatic High Beam (AHB) dan Blind Spot Monitoring (BSM), tidak hairanlah Toyota Corolla menjadi pilihan utama dalam kalangan wanita yang mengutamakan keselamatan semasa memandu.
Selain itu, Toyota Corolla menjadikan pemanduan mudah dengan ciri-ciri yang meningkatkan keselamatan seperti Hill-start Assist Control (HAC), Tire Pressure Warning System (TPWS), Child lock dan ISOFIX dan banyak lagi, bagi pengalaman pemanduan yang lebih selamat.
Pemanduan Yang Memberi Keselesaan
Wanita menganggap kemewahan satu perkara berprestij yang diselubungi dengan keselesaan. Mereka ingin merasai kemewahan itu sebaik saja melangkah masuk ke dalam kereta mereka.
Keluasan dan kemodenan Toyota Corolla yang menawarkan tempat duduk kulit tulen menarik perhatian wanita yang inginkan keselesaan eksklusif. Malah, untuk pemanduan dinamik yang memberi keselesaan dilengkapi dengan cermin pandang belakang elektrokromik dan 7” Color MID dengan Optitron Meter untuk penglihatan yang sangat baik.
- Foto – Toyota Corolla
Bagi para ibu pula, Toyota Corolla membolehkan mereka terus berhubung dan terhibur dengan audio paparan 9-inci sambungan Android Auto Apple CarPlay Ready (AACP).
Secara keseluruhannya, Toyota Corolla bukan saja menawarkan “A Drive To Be Free”, gaya, kecanggihan, keselamatan dan kemewahan, tetapi sebagai bukti pengalaman pemanduan premium yang baik untuk wanita.
Untuk maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my dan tempah pandu uji di Bilik Pameran Toyota sah yang terdekat.
Jadi, kamu dah fikirkan kereta idaman pertama kamu?