Musim percutian dan perayaan akhir tahun telah bermula, dan banyak jenama-jenama hebat telah mengeluarkan ‘hadiah’ yang best kepada semua. Dan Kiehl’s tidak terkecuali turut serta.
Musim cuti ini, Kiehl’s telah bekerjasama dengan studio animasi London and Cape, Made by Radio, untuk mereka bentuk koleksi edisi terhad yang menyebarkan mesej penjagaan dalam gaya 3D yang unik. Koleksi eksklusif menampilkan enam produk penjagaan kulit kegemaran peminat.
- Foto – Kiehl’s x Made by Radio
Kiehl’s mahu memberi inspirasi kepada semua orang untuk menjaga komuniti dan orang tersayang mereka dengan cara yang sama yang dimiliki jenama selama lebih 170 tahun. Sejak tahun 1851, Kiehl’s tanpa henti menyediakan kepakaran penjagaan kulit, produk berkhasiat dan perkhidmatan yang diperibadikan untuk menangani keperluan kulit individu.
Made by Radio menyertai warisan Kiehl’s yang telah bekerjasama dengan beberapa artis terkenal dunia seperti Jeff Koons, Mickey, KAWS, Kenny Scharf, Peter Max, Jeremyville, Kate Moross dan Janine Rewell.
- Foto – Kiehl’s x Made by Radio
Kiehl’s Gifting Lab menampilkan pelbagai jenis watak kartun 3D termasuk ikon jenama Mr. Bones, menjadikannya koleksi istimewa untuk diberikan kepada orang tersayang, atau diri kamu sendiri.
Koleksi Kiehl’s x Made by Radio
- Super Multi-Corrective Cream
- Midnight Recovery Concentrate
- Clearly Corrective Dark Spot Solution
- Ultra Facial Cream
- Clearly Corrective Dark Spot Solution
- Ultra Facial Cream
- Calendula Herbal-Extract Toner
- Rare Earth Deep Pore Cleansing Mask
Apa lagi Kiehl’s mempunyai pelbagai keperluan penjagaan kulit yang eksklusif, termasuk Advent Calendar yang paling dinanti-nantikan.