Bila sebut jenama Ayam Brand, apa yang terlintas di fikiran kamu? Aneka sardin dan tuna yang enak menjadi sajian rakyat Malaysia.
Meraikan nilai bersama mereka yang kaya dengan sejarah dan fokus pada kualiti, UNIQLO berganding bahu dalam siri Taste of Home UTme! t-shirt dan beg tote yang menampilkan produk Ayam Brand.
- Foto – UNIQLO x Ayam Brand
Kerjasama UNIQLO x Ayam Brand menampilkan koleksi UTme yang rare. Reka bentuk pelekat dalam gaya nostalgia vintaj dan inspirasi moden. Sebanyak 30 reka bentuk kreatif disediakan untuk diletakkan pada t-shirt dan beg tote.
IKLAN
Antaranya, UTme! t-shirt berharga RM79.90 untuk dewasa dan RM59.90 untuk kanak-kanak. Terdapat dalam beberapa saiz dari XS hingga XL untuk dewasa dan 110-150 cm untuk kanak-kanak. Manakala tote bag yang didatangkan hanya dalam satu saiz berharga RM79.90. Ukuran beg tote ialah 41.5cm lebar dan 39cm tinggi.
- Foto – UNIQLO x Ayam Brand
Bagi setiap pembelian siri ini, pelanggan akan menerima Ayam Brand Recipe Book istimewa yang mengandungi 30 resipi oleh rakyat Malaysia selagi stok masih ada.
Siri Ayam Brand Taste of Home ini boleh didapati di siri UNIQLO Fahrenheit 88 dan UNIQLO DA Square mulai 1 November 2022.