Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Rasa Cergas & Bertenaga, Dr. Amalina Kata Ini Yang Dia Amalkan Ketika Pantang

by Soph.Azz
October 31, 2022
Foto - @dramalinabakri (IG)

Foto - @dramalinabakri (IG)

24
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sekitar pertengahan bulan Oktober, Dr. Amalina telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di St. Thomas’ Hospital. Bayi yang diberi nama Arabella Mia itu membuatkan seluruh keluarga Dr. Amalina dan pengikutnya di Instagram teruja.

Selepas 5 hari bersalin, Dr. Amalina telah mengejutkan orang ramai apabila beliau memuat naik gambarnya bersiar-siar di London bersama suami dan bayinya. Melihatkan keadaannya yang baru sahaja bersalin itu membuatkan ramai yang tertanya-tanya adakah Dr. Amalina menjalani pantang atau tidak.

“Saya akan berkongsi amalan saya sendiri yang berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang doktor.”

Menjawab beberapa persoalan yang ditanya oleh pengikutnya, Dr. Amalina berkongsi beberapa tips penjagaan ketika pantang yang diamalkan. Antaranya adalah…

#1 Sentiasa ambil makanan sihat dan seimbang 

Sebelum mengandung, semasa atau selepas bersalin, penting untuk kamu ambil makanan sihat dan seimbang. Cuba perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta kurangkan garam, gula dan minyak dalam makanan.

Foto – Pinterest

Yang paling penting, mula makan secara bersederhana untuk kekalkan berat badan ideal dan elak daripada berat badan naik dengan mendadak.

#2 Minum air dengan cukup 

Untuk ibu yang berpantang, banyakkan minum air kosong setiap hari atau sekurang-kurangnya 2-3 liter. Jika boleh, sepanjang tempoh berpantang ini cuba kurangkan minum air manis seperti milo, air gas dan sebagainya.

#3 Lakukan senaman ringan 

“Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda bersedia. “

Antara senaman ringan yang disyorkan oleh Dr. Amalina adalah:

IKLAN

Foto – @dramalinabakri (IG)
  • Berjalan kaki untuk elak daripada terbentuknya darah beku.
  • Senaman kegel untuk kuatkan otot pelvis.
  • Senaman perut untuk kempiskan dan kencangkan semula perut.

Sekiranya berlaku pendarahan (lochia) yang teruk atau bertukar warna (merah jambu atau merah), kamu berkemungkinan melakukan senaman yang berlebihan. Untuk lakukan senaman berimpak tinggi pula, kamu perlu tunggu sehingga 6 minggu untuk lakukannya.

#4 Kurangkan beraktiviti seperti biasa

Bila berpantang, kamu tidak boleh lakukan aktiviti seperti biasa. Kamu dinasihati untuk kurangkan beraktiviti dan banyakkan berehat. Saranan Dr. Amalina, kamu juga perlu pakai compression TED stocking untuk elak daripada pembentukan darah beku.

#5 Jaga bahagian intim (perineum) 

Basuh dengan air dari depan hingga ke belakang. Dan pastikan kamu lap sehingga kering ye. Sekitar 3-4 jam, kamu juga perlu menukar pad bersalin.

Foto – Pinterest

Kalau kamu bersalin melalui C-section pula, bersihkan dan lap luka sehingga kering setiap hari, pastikan pakai pakaian longgar dan seluar dalam jenis kapas. Jangan lupa untuk ambil ubat tahan sakit jika perlu.

“Jaga kebersihan dan mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu untuk elak sembelit.”

#6 Elak berhubungan seks sehingga…

Penting! Elakkan berhubungan seks dengan pasangan ketika berpantang atau sehingga darah lochia berhenti. Atau pun sekurang-kurangnya 6 minggu selepas bersalin.

#7 Beri perhatian pada kesihatan mental

Foto – @dramalinabakri (IG)

Semasa berpantang, jangan terlalu tertekan dan nikmati perjalanan sebagai seorang ibu. Untuk menjaga kesihatan mental, dapatkan sokongan daripada suami dan juga keluarga.

Ibu-ibu yang menunggu hari nak bersalin atau baru sahaja menjalani tempoh berpantang, sila amalkan tips Dr. Amalina ye.

Tags: cara dr amalina pantangdr amalinatips pantang dr amalina
Share10SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Rasa Cergas & Bertenaga, Dr. Amalina Kata Ini Yang Dia Amalkan Ketika Pantang

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.