Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Beg Kertas Branded Bernilai Ke? Sampai Ada Yang Buat Untung Bisnes Online!

by Indah Aziz
October 30, 2022
Foto - Carousell

Foto - Carousell

16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Mesti ramai yang buat bukan? Simpan beg kertas bertimbun-timbun atas alasan sayang untuk buang dan boleh digunakan semula untuk memberi barang atau hadiah pada orang lain. Sebenarnya alasan itu berasas sebab beg kertas biasanya lebih berkualiti dan tahan lama. Terutamanya beg kertas dari jenama-jenama mewah.

Namun kini, beg kertas ini boleh menjana duit kerana ia cukup laku untuk djual di platform media sosial atau jualan atas talian. Pelik tapi benar, di China jualan beg kertas dari jenama seperti Hermes, Burberry dan banyak lagi sudah menjadi lumrah. Ia memberi side income yang baik walaupun ia hanya beg kertas secondhand.

Foto – We Heart It

Tapi kenapa?

IKLAN

Ini gara-gara cetusan untuk terlihat kaya atau mewah. Walaupun dengan hanya beg kertas ia sudah memberi satu pandangan anda memiliki beg tangan dari Dior atau Chanel. Terutamanya influencer yang baru nak naik, ada yang guna beg kertas sebagai prop. Orang sanggup buat apa sahaja untuk hidup dalam keadaan mewah dalam naratif media sosial.

Kalau di China tadi gara-gara untuk meletakkan kit antigen Covid-19 pada pintu. Takkanlah nak guna beg plastik kan? Langsung tak glamor. Jadi mereka sanggup mencari beg-beg kertas dengan simbol jenama mewah untuk ditayang.

Foto – Jing Daily

Apa yang lebih mengejutkan, ada yang menjual beg kertas ini lebih kurang sama dengan harga produk di butik! Ternyata beg kertas begini boleh buat untung yang besar dan ia membawa refleksi kepada betapa bernilainya jenama dan logo jenama-jenama mewah ini.

DIVA nak tanya, sanggup tak kamu beli beg kertas ini? Semata-mata unuk show off…

Tags: beg kertas berjenamajual beg kertas
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Beg Kertas Branded Bernilai Ke? Sampai Ada Yang Buat Untung Bisnes Online!

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.