Lipstik merah memang tidak asing lagi sebagai rona yang paling hangat dan serasi dengan semua jenis warna kulit. Bahkan ia juga pelengkap untuk menambah seri wajah tanpa perlu menyolek wajah. Namun ada satu lagi rona warna yang juga memberi hasil yang sama seperti warna merah iaitu perang kecoklatan.
Warna lipstik coklat atau brown telah menjadi fenomena pada era 90-an. Ia essential pada sesiapa sahaja terutama pada wanita berkulit sawo matang atau hitam manis. Jika dulu warna coklat hanya sekadar warna yang gelap. Kini terdapat lebih banyak pilihan shade untuk padankan bersama tona kulit.
Brown lipstik sudah menjadi statement penulis sekarang! Jika dulu hanya tergilakan nude shade tapi kini brown shade dilihat sebagai pilihan yang paling tepat. Apa yang penulis suka sebab ia warna boleh dijadikan sebagai daily look, tak perlu bersolek tebal dan paling penting seri wajah terlihat semulajadi.
IKLAN
Buat anda yang masih mencari lipstik brown terbaik, DIVA kongsikan dibawah…
#1 MAC Cosmetics Matte Lipstick – Taupe [RM92]
#2 Rare Beauty Kind Words Matte Lipstick – Wise [RM98]
#3 Pat Macgrath Labs MatteTrance Lipstick – Flesh 3 [RM200]
#4 NARS Cosmetics Powermatte Lipstick – Killer Queen [RM140]
#5 Fenty Beauty Icon Semi-Matte Lipstick Refill – 08 Major Magnate [RM102]
#6 Anastasia Beverly Hills Matte Lipstick – Toffee [RM110]
Warna coklat begini juga sesuai untuk dijadikan sebagai pemerah pipi. Hanya sedikit calitan pada pipi, ratakan dan akan anda dapat seperti skin blushed.
Selamat mencuba!