Nama beg tangan Polène sudah semakin kedengaran. Ia sebuah jenama aksesori fesyen dari Perancis diasaskan pada tahun 2016. Walaupun ia asal dari negara fesyen mewah seperti Chanel, Polène dikenali sebagai jenama fesyen yang berpatutan.
Biarpun masih baru, populariti Polène pantas meningkat kerana ia mencipta satu perubahan pada rekaan beg tangan. Koleksi beg tangan Polène biasanya melibatkan dengan seni bentuk lengkungan yang menawan. Seolah-olah setiap dari koleksi mempunyai identiti sendiri dari bentuk lengkungan.
Polène The ‘Numero Neuf’
Jangan main-main tau, setiap dari beg tangan mereka ialah dari pembuatan tangan Sepanyol. Manakala bagi pemilihan kualiti material pula ialah dari kulit haiwan tulen.
IKLAN
Sesuai dengan aliran minimalis yang menjadi cetusan aura fesyen terkini. Pilihan warna beg pula kaya dengan rona-rona neutral dan tidak memerlukan aksesori tambahan. Cukup sekadar tali berantai dan logo jenama keemasan.
Polène Number One Nano
- Foto – Polène
Perincian bentuk beg tangan Polène yang halus sesuai untuk penggemar beg tangan timeless dan ingin mencipta watak feminin dalam gaya harian mereka. Kalau anda cuba cari inspo fesyen di Pinterest, ramai yang mengenakan beg tangan Polène.
Polène ‘Numero Huit’
Anda ingin merasa kelembutan dan keunikan beg tangan Polène? Boleh buat pembelian di laman sesawang Polène www.eng.polene-paris.com.
Selamat membeli belah!