Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Selain Minum Air, 3 Tips Ini Jana Hidrasi Untuk Kulit Lembap & Sihat

by Indah Aziz
October 29, 2022
Foto - ZAPZEE

Foto - ZAPZEE

16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Cuaca panas merupakan rahmat alam yang memudahkan urusan sehari-harian kita semua. Langit cerah, angin bertiup sepoi-sepoi dan bebas untuk bergerak kemana sahaja. Tapi kena ingat bila dibawah cahaya matahari yang terik ada beberapa batasan.

Kulit kering, berminyak, hiperpigmentasi dan bermacam lagi boleh berlaku jika kita selalu terdedah dengan cahaya matahari. Biasanya ramai yang hanya mementingkan pemakaian krim perlindung matahari. Bagaimana pula dengan pengambilan air kosong?

Ya, kekal hidrasi sangat penting ketika cuaca panas. Badan akan mengeluarkan lebih banyak cecair terutamanya berpeluh. Malah, kulit akan jadi lebh cepat kendur dan kurang bermaya tanpa hidrasi yang mencukupi.

Selain hanya meminum air kosong, ada cara lain lagi untuk menghidrat badan yakni cara yang lebih menyeronokkan.

IKLAN

Tukar menu makanan hidrasi

Kreatif dengan menukar menu makanan anda untuk berkuah. Seperti sup, mee berkuah dan macam-macam lagi. Atau anda boleh tambah buah-buah yang kaya dengan air seperti timun, tembikai dan oren. Boleh jadikan sebagai salad buah juga tau!

Foto – Southern Living

Tambah elektrolit dalam air

Elektrolit adalah penting untuk membantu badan menyerap air. Ia boleh mengalakkan penghidratan badan. Sumber elektrolit yang baik seperti kalium, natrium, magnesium dan kalsium. Jadi kulit pantas terasa lembap dan kekal hidrasi.

Foto – Drip Drop

Buat air lagi sedap

Bosan minum air kosong? Tambah air dengan pelbagai perisa semulajadi seperti lemon, madu, barli dan banyak lagi. Barulah terasa puas menikmati air.

Foto – Pinterest

Selamat beramal!

Tags: cara hidrasiKelebihan hidrasikulit hidrat
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Selain Minum Air, 3 Tips Ini Jana Hidrasi Untuk Kulit Lembap & Sihat

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.