Pilih mana yang kamu suka ‘Butter’, ‘Permission To Dance’, atau ‘Dynamite’?
Amorepacific mengumumkan kerjasama dengan ikon pop abad ke-21 BTS, dengan mempersembahkan 3 lip sleeping mask edisi terhad ‘Amorepacific Lip Sleeping Mask Set Lip & Pop Edition’.
Sekali lagi menampilkan formula LANEIGE Lip Sleeping Mask yang ikonik, set baru ini didatangkan dalam tiga perisa, termasuk ‘Butter’ yang tidak pernah dilihat sebelum ini dan kembalinya ‘Peach Ice Tea’ kegemaran peminat.
- Foto – Laneige
Tema untuk kolaborasi ini ialah ‘Love Your Lips, Feels Like POP!’, yang mengambil inspirasi daripada beberapa lagu popular BTS seperti ‘Butter’, Permission To Dance’ dan ‘Dynamite’.
IKLAN
Pembungkusan Lip Sleeping Mask Lip & Pop Edition menampilkan imej vinyl, dan bekas Lip Sleeping Mask dari jaket album BTS, menjadikannya koleksi yang sangat diidamkan. Set ini termasuk tiga bauan lazat yang diilhamkan oleh lagu-lagu BTS;
- Butter – perisa baru seperti popcorn mentega dan diilhamkan oleh rekod hit mereka.
- Peach Ice Tea – menjadi perisa kegemaran ramai dan ilham oleh Permission To Dance.
- Sweet Candy – perisa manis ini mewakili Dynamite.
- Foto – Laneige
Lip Sleeping Mask, merupakan produk terlaris global LANEIGE bagus untuk mengekalkan bibir anjal dan terhidrat semalaman untuk penampilan yang lebih licin dan gebu.
Set Amorepacific Lip Sleeping Mask Lip & Pop Edition akan tersedia pada;
- 29 Oktober pra-pelancaran di Butik Laneige Gardens Mall
- 1 November di Laneige Official Store
- 23 November di Laneige Shopee
- 11 November di Laneige Lazada
Jangan lupa datangkan set lip mask sebaik sahaja memasuki pasaran.