Jenama penjagaan kulit global, Olay, dengan kerjasama Warner Bros. Consumer Products. telah melancarkan koleksi produk terbaru edisi terhad yang diinspirasikan daripada siri TV kesayangan FRIENDS.
Koleksi Olay x FRIENDS kini boleh didapati di Malaysia menampilkan produk signature Olay dengan wajah baru ilham siri TV ikonik, bersama dengan pouch bag edisi terhad yang direka untuk menemani kamu menggembara.
Selaras dengan semangat ini, Olay mahu menjadi rakan yang memahami kehidupan setiap wanita dan menyokong keperluan penjagaan kulitnya dengan formula termaju secara saintifik, bagi memastikan kulit dalam keadaan baik.
Apa yang ada pada kolaborasi ikonik ini
Produk signature Regenerist Micro-Sculpting Cream dan Luminous Light Perfecting Serum telah dhiasi dengan motif bergambar yang direka untuk membangkitkan kenangan ikonik siri TV itu, dari sofa ikonik oren di Central Perk kepada bingkai kuning yang tergantung di pintu apartmen Monica & Rachel.
View this post on Instagram
IKLAN
Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream dikenali ramai sebagai pelembap muka dengan lebih 50 juta terjual di seluruh dunia. Diselit dengan vitamin B3, amino-peptide, asid hyaluronik dan antioksidan. Gabungan formula ini serta-merta melembap untuk meningkatkan keanjalan kulit, dan mengurangkan kedutan dan garis-garis halus sambil memberikan penghidratan 10 lapisan jauh ke dalam kulit.
Olay Luminous Light Perfecting Serum diformulasikan dengan Pearl-Optics Technology untuk mencerahkan tona kulit dan mengurangkan penampilan bintik-bintik, sambil menghidratkan kulit serta-merta.
Bagi peminat yang ingin menikmati detik-detik FRIENDS kegemaran mereka semasa dalam perjalanan, atau bagi mereka yang ingin menghadiahkan peminat FRIENDS, pouch bag edisi terhad yang terdiri daripada produk terlaris Olay yang menampilkan motif visual ikonik dari rancangan itu juga tersedia untuk pembelian.
View this post on Instagram
- Olay x FRIENDS Regenerist Micro-Sculpting Cream: RM99.90
- Olay x FRIENDS Luminous Light Perfecting Serum: RM84.90
Untuk info lanjut, sila layari laman web rasmi www.olay.com.my.