Sangat hebat, tahniah!
Semasa berlangsungnya London Fashion Week Spring/Summer 2023 baru-baru ini, Wardah Malaysia telah bekerjasama dengan jenama pakaian Indonesia, Wearing Klamby dalam mengendalikan solekan.
Untuk pengetahuan kamu, sebelum ini Wardah Malaysia pernah mengambil bahagian dalam New York Fashion Week 2017 dan juga Dubai Modest Fashion Week 2020.
Solekan yang menggunakan produk Wardah Malaysia ini diserlahkan menerusi hasil tangan makeup artist Indonesia iaitu Nanathnadia. Hasil solekan yang minimal itu telah mendapat perhatian ramai pihak termasuklah Allure, majalah popular menerusi kategori “The Best Hair and Makeup Look“.
IKLAN
- Foto – Wardah Beauty
Nanathnadia telah menghasilkan enam makeup look yang memerlukan sentuhan minimal saja. Tapi apa yang digunakannya hingga membuatkan Wardah Malaysia menjadi bualan ramai adalah cream blush.
Kalau kamu nak tahu, setiap model Wearing Klamby telah disolek menggunakan Wardah Colorfit Cream Blush dalam kod 01 Sand Coral. Apa yang best tentang cream blush ini, ia sangat pigmented hingga mampu menyerlahkan ciri kecantikan semula jadi si pemakai.
- Foto – Wardah Beauty
Diselit dengan Vitamin E, Wardah Colorfit Cream Blush ini mempunyai formulasi krim kepada powder. Dan ianya dikeluarkan dalam tiga warna merah jambu. Dan bila pakai cream blush ini, kamu tak perlu touch up sehingga 8 jam. Tahan lama dan pigmented!
Berminat nak cuba Wardah Colorfit Cream Blush, beli di [SINI].