Kamu berminat nak buat digital perm? Jika kamu ingin mengubah rambut lurus kamu menjadi kerinting yang cantik, maka ini adalah pilihan terbaik untuk kamu.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa terdapat banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum kamu membuat digital perm. Sebagai permulaan, ia melibatkan banyak kerja, cara nak mengekalkannya, paling rumit ketika mahu bersiap pada waktu pagi.
Sebelum DIVA pergi lebih jauh, kamu tahu apa yang dimaksudkan dengan digital perm?
Secara umum, digital perm ialah sejenis rawatan rambut yang memberikan kamu kerinting atau gelombang pada rambut. Biasanya ia melibatkan penggunaan haba supaya stylist boleh mencipta kerinting.
Ringkasnya, digital perm melibatkan dua perkara – haba dan bahan kimia.
- Foto – Pinterest
Fakta, digital perm pada asalnya dicipta untuk rambut orang Asia. Hal ini kerana kebanyakan orang Asia mempunyai rambut yang sangat lurus. Dan satu-satunya cara untuk mendapatkan kerinting adalah dengan menggunakan haba pada penggulung rambut. Ini mengaktifkan rambut lurus untuk berubah menjadi gelombang.
Kenapa digital perm melecehkan?
Digital perm mahal
Ya, agak mahal tapi kebanyakannya bergantung pada panjang dan lebatnya rambut kamu. Faktor lain yang perlu dipertimbangkan ialah masa yang dipnerlukan untuk mengerinting rambut kamu secara digital.
Jika kamu mempunyai rambut yang lebih panjang dan lebat, maka kamu mungkin akan membayar lebih untuk mendapatkan servis penggayaan penuh.
Cara penggayaan agak lama dan memakan masa
Kalau rambut lurus, kamu tak perlu pening kepala untuk menguruskannya, keluar bilik mandi dah boleh terus keluar rumah. Tapi tidak bila kamu buat digital perm. Sesudah mandi, kamu kena pakai beberapa jenis krim, proses pengeringan rambut juga ada caranya, rambut tidak boleh disikat memadai guna tangan untuk meleraikan rambut yang kusut.
- Foto – Pinterest
Awalan memang agak rumit, tapi kamu akan terbiasa dengannya. Kemudian, menggayakan rambut kerinting akan menjadi lebih mudah dan cepat.
Melabur dalam penjagaan rambut
Bersedia untuk membelanjakan sedikit wang untuk rambut kamu. Sama ada rawatan keratin di salun, alatan penggayaan atau beberapa produk rambut kerinting untuk penjagaan digital perm yang kekal lama.
Kamu buat beberapa pembelian sana sini, yang ada kalanya risiko untuk melakukan kesilapan dari semasa ke semasa.
Prosedur mungkin mengambil hingga 2 hingga 4 jam, atau lebih
Apabila kamu nekad membuat temu janji salon, maka kamu sanggup duduk di salon selama 2 hingga 4 jam. Itu anggaran masa yang diambil tetapi semuanya bergantung pada keadaan rambut kamu juga.
Itu baru prosedur sahaja, jika kamu mempertimbangkan masa menunggu giliran, maka ia lebih lama.
DIVA cadangkan membuat temu janji ketika salon tidak begitu sibuk.
Mungkin terjadinya kusut
Rambut kamu mungkin kelihatan sihat, berkilat dan licin. Tetapi kamu perlu berurusan dengan kusut-masai pada satu ketika.
Bila kusut, jangan rapikan rambut guna sikat tapi guna jari, jadi rambut tidaklah rosak dan perm kamu masih lagi kekal. Lagi satu kerap twirl rambut supaya perm kamu kekal terletak elok.
- Foto – Pinterest
Untuk mengeringkan rambut, kamu boleh menggunakan diffuser blow dryer.
Kesimpulannya, mendapatkan digital perm seperti membuat pelaburan. Kamu kena berani mengambil risiko yang akan berlaku. Prosedur mengambil masa beberapa jam untuk selesai. Rawatan haba dan bahan kimia, berpotensi merosakkan rambut dan kulit kepala.
Jadi, bersedia dengan segala kemungkinan yang akan terjadi.