Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Corak Harimau Hiasi Koleksi Edisi Terhad Onitsuka Tiger x URUSEIYATSURA

by Lisa AG
October 26, 2022
Foto - Onitsuka Tiger x URUSEIYATSURA

Foto - Onitsuka Tiger x URUSEIYATSURA

10
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Teruja tak dengan kolaborasi ini?

Jenama fesyen Jepun, Onitsuka Tiger mempersembahkan koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen dengan sukan. Kali ini, dengan sukacitanya Onitsuka Tiger mengumumkan kolaborasi istimewa bersama anime URUSEIYATSU.

Babak Dalam Anime Bawa Kepada Kolaborasi 

Dalam anime URUSEIYATSURA, yang disiarkan di seluruh dunia mulai Oktober ini, Onitsuka Tiger telah menghasilkan konstum untuk watak-wataknya. Dalam episod pertama, watak utamanya, Ataru Moroboshi, menyarung sepatu ikonik Onitsuka Tiger MEXICO 66 ketika bermain tag, salah satu adegan paling simbolik dalam cerita itu.

Foto – Onitsuka Tiger x URUSEIYATSURA

Ketika episod ketiga, Lum yang memegang watak heroin, memakai kasut yang direka khas untuk anime itu, DELECITY dengan bercirikan gaya yang berani dan unik.

IKLAN

Bagi memperingati dan memeriahkan lagi kolaborasi ini, sebuah filem khas dengan jalan cerita asli dihasilkan antara Onitsuka Tiger dan pasukan produksi anime yang akan dilancarkan bersama visual lukisan terbaharu.

Foto – Onitsuka Tiger x URUSEIYATSURA

Filem ini memaparkan kisah Onitsuka Tiger, tertumpu kepada Lum dan Ataru di Neo Shibuya, yang menggambarkan Shibuya pada masa depan. Butik maya menjadi set utamanya yang diilhamkan daripada butik Onitsuka Tiger sedia ada di SHIBUYA, dan unit produksinya dikendalikan oleh David Production Inc., syarikat di sebalik URUSEIYATSURA.

Hanya 700 Pasang Seluruh Dunia, 30 Terdapat Di Pavilion KL

Koleksi tersangat terhad, di mana kasut sukan DELECITY yang menampilkan corak Harimau sebagai lambang kepada Onitsuka Tiger dan URUSEIYATSURA, hanya dijual sebanyak 700 pasang kasut di 15 buah negara seluruh dunia. Malah, hanya 30 pasang sahaja boleh didapati di Pavilion KL serta dalam talian www.onitsukatiger.com.

Foto – Onitsuka Tiger x URUSEIYATSURA

Onitsuka Tiger x URUSEIYATSURA akan dilancarkan pada Sabtu, 29 Oktober 2022. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.onitsukatiger.com.

Tags: kasut sukanonitsuka tigersneakersuruseiyatsura
Share4SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Cetusan Idea Fesyen Balaclava, Gaya Hijab Untuk Musim Sejuk?
Fesyen

Cetusan Idea Fesyen Balaclava, Gaya Hijab Untuk Musim Sejuk?

January 29, 2023
Backless Dress Paling Ikonik Roberto Cavalli, Zendaya Pernah Pakai Tau!
Fesyen

Backless Dress Paling Ikonik Roberto Cavalli, Zendaya Pernah Pakai Tau!

January 28, 2023
Nak Kekal Hidrasi & Stylish Dalam Satu Masa, Sarung Botol Air Designer Ini Untuk Kamu..
Fesyen

Nak Kekal Hidrasi & Stylish Dalam Satu Masa, Sarung Botol Air Designer Ini Untuk Kamu..

January 22, 2023
Jom #Throwback Saat Selebriti Seksi & Menggiurkan Dalam Busana Jean Paul Gaultier
Fesyen

Jom #Throwback Saat Selebriti Seksi & Menggiurkan Dalam Busana Jean Paul Gaultier

January 21, 2023
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Seriuslah Berkesan?! Wanita Makan HKT Tak Sampai 3 Bulan Dah Turun Berat 15 KG

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.