Rumah yang lebih kecil menjadi pilihan golongan milenium dan Gen Z yang memilih untuk hidup berdikari di kawasan bandar.
Peningkatan minat untuk rumah yang lebih kecil dan mudah diurus, menjadikan kabinet tetap tradisional (yang kebiasaannya bersaiz besar dan tidak praktikal) semakin ketinggalan zaman untuk rumah moden dengan keluasan ruang yang lebih kecil.
Dengan mengambil kira perkara ini, kabinet dapur modular Cadula direka khas untuk memenuhi jangkaan pemilik rumah muda -moden, bergaya, ringkas dan yang paling pentin mudah serta menjimatkan kos.
- Foto – Set kabinet Cadula dalam warna Green Moss
Jenama kabinet modular, Cadula mengeluarkan set kabinet dapur gaya shaker modular terbarunya yang direka dengan sempurna untuk ruang yang padat.
Koleksi ini meraikan gabungan alam semula jadi dalam rumah bandar, di mana menggabungkan bahan kayu bukan toksik dengan konsep modular yang membolehkan pemilik rumah memiliki fleksibiliti penuh untuk menyesuaikan ruang kediaman dan menghidupkan rumah impian mereka.
IKLAN
Tiga warna pastel tona sejuk, terdiri daripada Green Moss, Pebble Grey dan Blanche White. Warna-warna neutral ini menjadikannya mudah untuk dipadankan dengan pelbagai warna dinding, menambahkan ciri serba boleh untuk idea reka bentuk dalaman.
- Foto – Set kabinet Cadula dalam warna Blanche White
Koleksi ini terdapat dalam dua pilihan reka bentuk;
- Pertama adalah konsep selesa dan kedesaan (rustic), menampilkan panel tengah rata gaya minimalis dengan bentuk segi
empat sama di bahagian tepi dan pintu jenis shaker. - Kedua ialah gabungan moden pintu shaker dan panel kaca yang lut sinar.
Kedua-dua reka bentuk ini datang dengan pilihan laci yang dipasang di bahagian bawah kabinet. Semua pintu kabinet dilengkapi
dengan tombol pintu logam bercirikan kedesaan yang memberikan cengkaman selesa.
Untuk mencapai kemasan sempurna bagi semua kabinet pintu shakernya, Cadula menggunakan papan kayu melamin khusus bersama-sama dengan teknologi ketepatan berpaten bagi membolehkan pembuatan yang lebih konsisten dengan menekankan kualiti kayu.
- Foto – Set kabinet Cadula dalam warna Pebble Grey
Kalau kamu berminat mahu melakukan pengubahsuaian dapur, layari www.mkacabinet.com/cadula/ untuk maklumat lanjut mengenai Cadula.