Seiring dengan sambutan ulang tahun yang ke-50, Tony Roma’s melancarkan menu istimewa akhir tahun hasil kerjasama dengan Coca-Cola.
Setiap menu ini dipilih serta direka khas oleh Dato’ Fazley Yaakob iaitu Duta Jenama Tony Roma’s dan Chef Selebriti.
Daripada tulang rusuk terkenal Tony Roma’s sehingga ke minuman unik yang menyegarkan; menu akhir tahun ini menghidangkan rasa yang cukup istimewa untuk setiap pelanggan. Antara menu akhir tahun yang diperkenalkan adalah:
#1 Cola Sauce Australian Beef Ribs (RM93.90)
- Foto – Tony Roma’s / Arkib DIVA
Tulang rusuk daging lembu yang lembut, diperap dan direneh dalam cola untuk berikan rasa yang manis serta juicy. Hidangan ini dihidang bersama brokoli dan jagung, serta dilengkapi dengan minuman ringan yang boleh diisi semula secara percuma.
#2 Oven Prepared Ribs (RM259.90)
- Foto – Tony Roma’s / Arkib DIVA
Kepingan rusuk daging lembu dilayur dengan mentega herba istimewa Tony Roma’s. Kemudian dimasak perlahan dalam ketuhar sehingga daging cukup lembut. Hidangan ini dihidang bersama brokoli dan jagung panggang.
IKLAN
** Tersedia dari 21 November 2022 hingga 2 Januari 2023.
#3 Onion Loaf With Cola Dip (RM23)
- Foto – Tony Roma’s / Arkib DIVA
Menu pembuka selera menampilkan bawang Sepanyol yang digolek dalam tepung roti dan digoreng. Kemudian dihidangkan bersama sos yang diadun dengan sos mayo BBQ, digandingkan dengan cola untuk rasa yang baru!
#4 Coca-Cola Float (RM11.90)
- Foto – Tony Roma’s
Segelas minuman Coca-Cola bergas yang dihidangkan dengan secedok ais krim vanila, sangat menggamit memori!
#5 Frosted Coca-Cola (RM11.90)
- Foto – Tony Roma’s / Arkib DIVA
Menariknya menu air ini, setiap minuman akan dihidangkan dalam gelas mug sejuk beku. Barulah imbang rasa perisa Coca-Cola pada setiap kali tegukan.
Sekadar info, Tony Roma’s Pavilion KL telah disahkan HALAL oleh JAKIM dan cawangan lain kini berada dalam perancangan untuk terima sijil HALAL secara berperingkat. Selamat mencuba menu akhir tahun ini, tersedia di seluruh cawangan Tony Roma’s bermula 1 November 2022 hingga 2 Januari 2023.