Diterbitkan oleh Ryan Murphy; siri “The Watcher” yang menggungguli tempat pertama di Netflix mengisahkan tentang rumah impian yang bertukar menjadi mimpi ngeri.
Dibintangi oleh Naomi Watts dan Bobby Cannavale, pasangan ini telah menerima surat ugutan daripada seseorang, yang digelar sebagai “The Watcher”.
Dalam siri ini kamu dapat melihat pelbagai surat ugutan dihantar oleh “The Watcher”. Membuatkan keluarga ini hidup dalam ketakutan dan sering ditimpa bahaya.
Buat mereka yang tidak tahu, siri ini adalah berdasarkan kes kehidupan sebenar yang telah didokumenkan pada tahun 2018 dalam New York Magazine, The Watcher: The Haunting of a Dream House.
Apa yang berlaku pada keluarga Broaddus dalam kehidupan sebenar?
Didokumenkan pada tahun 2018, wartawan Reeves Wiedeman telah memperincikan apa yang berlaku pada keluarga Broaddus selepas mereka membeli rumah di 657 Boulevard di Westfield. Menurutnya, keluarga itu menerima surat daripada “The Watcher” bermula dengan surat tidak berbahaya hingga menjadi sesuatu yang lebih serius.
- Foto – New York Daily News
“Adakah kamu akan penuhkan rumah itu dengan darah muda yang saya minta? Lebih baik untuk saya. Adakah rumah lama kamu terlalu kecil untuk keluarga kamu yang semakin besar? Atau adakah saya tamak jika meminta kamu bawakan anak-anak kamu pada saya?”
Tanpa sebarang alamat atau nama pada sampul tersebut, keluarga Broaddus berpendapat ia mungkin surat daripada jiran baru mereka. Dan tidak lama kemudian, keluarga Broaddus juga mendapati keluarga sebelum ini turut menerima surat yang sama sebelum mereka menjual semula rumah itu.
IKLAN
- Foto – Eonline
Tidak tahan dengan surat ugutan yang diterima, keluarga Broaddus kemudian pergi ke polis membawa bukti mereka. Tetapi penyiasatan tentang kes ini tidak menjumpai jawapannya. Akhirnya keluarga ini mengambil keputusan untuk tidak berpindah masuk secara tetap dan menjual semula rumah tersebut.
Selepas itu apa yang jadi dengan rumah tersebut?
Dan menerusi New York Magazine juga, yang baru-baru ini diterbitkan artikel susulan mengenai “The Watcher” mendedahkan keluarga Broaddus telah alami kerugian dan dapat menjual rumah tersebut.
- Foto – NJ.com
“Mereka (keluarga Broaddus) dapat menjual semula rumah tersebut dengan kerugian sebanyak RM1.9 juta yang dirangkumi cukai harta, bil dan yiran untuk peguam, penyiasat persendirian dan ejen hartanah.”
Untuk pengetahuan kamu selepas banyak kali percubaan menjual rumah tersebut, akhirnya keluarga Broaddus dapat menjual pada pasangan Andrew dan Allison Carr.
- Foto – NJ.com
Apabila jualan ditutup, keluarga Broaddus meminta peguam hartanah mereka untuk berikan nota pada pemilih baru. Dalam nota tersebut, keluarga Broaddus mendoakan pemilik baru untuk mendapat kedamaian dan ketenangan yang pernah mereka impikan dalam rumah tersebut.
Sehingga sekarang, pasangan Andrew dan Allison Carr mendedahkan mereka tidak pernah terima sebarang surat seperti yang dialami oleh keluarga Broaddus.