Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Beg Tangan Atau Perfume? 6 Item Ikonik Marc Jacobs Wajib Ada Dalam Almari Fesyen

by Indah Aziz
October 23, 2022
Foto - Twitter / Marc Jacobs

Foto - Twitter / Marc Jacobs

11
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Terkejut juga DIVA bila dapat tahu Marc Jacobs Beauty diberhentikan buat sementara. Namun sehingga kini memang sudah tidak nampak bayang lagi produk-produk kecantikan air tangan Marc Jacobs. DIVA rindu dengan bronzer dan lip gloss yakni antara produk best-seller Marc Jacobs Beauty.

Walaupun begitu, label fesyen Marc Jacobs masih lagi gah dan setakat tahun 2022 ini mereka banyak mengeluarkan koleksi baharu untuk pakaian dan juga minyak wangi!

Biarpun tidak sebaris dengan ‘luxury brands’ yang lain tapi estetika pada setiap rekaannya tetap beri suatu kepuasan terhadap fesyen. Mari kita penuhkan almari dengan enam kolesi baru Marc Jacobs.

#1 The Mini Tote Bag / Crossbody Bag [BELI]

Mula diperkenalkan pada tahun 2019, tapi hingga kini Marc Jacobs The Tote Bag menjadi perhatian ramai. Lagi pula sekarang memang trend fesyen tote bag! Ia sebuah beg yang versatil, boleh memuatkan apa sahaja dan senang untuk dibawa. Kini ia terdapat dalam 3 saiz berbeza, jenis material fabrik dan bermacam warna pilihan. Serius berbaloi!

Foto – My Bag

#2 Daisy Ever So Fresh Eau De Parfum [BELI]

Haruman baharu yang dipertingkatkan dengan kesegaran dan kelembutan dalam setiap semburan. Marc Jacobs Daisy antara koleksi minyak wangi ikoniknya, jadi Daisy Ever So Fresh antara rangkaian terbaru untuk tahun 2022. Haruman citrus dan floral menjadikan ia wangian yang membangkitkan rasa muda remaja tetapi penuh dengan karismatik.

Foto – Sephora

#3 The Leather Bucket Bag [BELI]

Konsep ringkas pada Marc Jacobs The Leather Bucket Bag ini sangat sesuai untuk gaya fesyen kasual atau street style. Dapat dilihat fabrik kulit yang memberi rasa mewah, perincian yang padat tapi minimal dan lengkap dengan pilihan warna tegap.

BACA:  “Stay Tuned” - Marc Jacobs Beauty Bakal Kembali Gegarkan Industri Kecantikan!
Foto – BB Asia Store

#4 Perfect Eau De Parfum [BELI]

Haruman manis Marc Jacobs Fragrance Prefect Eau De Parfum dilancarkan pada tahun 2020. Ia telah menjadi wangian sepanjang masa oleh wanita selama dua tahun. Rata-rata mereka berasa teruja dengan haruman berjiwa feminin, bunga-bungaan yang lembut dan segar.

Foto – Care To Beauty

#5 The J Marc Shoulder Bag [BELI]

Beg bahu terbaru Marc Jacob berjaya mengembalikan nostalgia fesyen retro! Ia sebuah beg tangan ready-to-go dan mampu disesuaikan dalam apa jua gaya. Lengkap dengan perincian tali yang boleh diubah dan logo J pada tengah beg.

Foto – Style Caster

#6 J Marc Rectangular Glasses [BELI]

Nah, jangan ketinggalan untuk ada satu pasang cermin mata gelap petak ini. Ia merupakan potongan cermin mata yang elok pada semua jenis bentuk wajah.

Foto – Marc Jacobs

Agak-agak kamu dah ada yang mana?

FILED UNDER marc jacobs malaysiasiapa marc jacobs
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.