Fesyen tak lari dari inspirasi, fantasi dan sejarah. Ia sentiasa berkait dan dari situlah berlaku pelbagai cetusan idea fesyen bukan sahaja pada pakaian, kasut mahupun aksesori.
Seperti pada hari ini, nama aksesori outwear iaitu tweed jacket tidak pernah putus dipakai oleh sesiapun. Ia antara jaket wajib ada pada setiap penggemar fesyen. Namun, tahukah anda asal tweed jacket ialah dari negara Scotland sejak kurun ke-18 lagi!
Jika kita lihat pada hari ini, jenama fesyen Chanel mengungguli carta fesyen tweed jacket bukan? Namun yang mencipta tweed jacket tapi para peladang dari Scotland bukan Coco Chanel. Beliau hanya mengambil inspirasi dan kemudian mengolah tweed jacket sebagai koleksi jenamanya pada 1925.
- Foto – Paul Schutzer//Time Life Pictures/Getty Images
Kalau dulu tweed jacket hanya dipakai oleh kaum lelaki kerana ia merupakan fabrik tahan lasak iaitu bulu biri-biri. Ia sesuai untuk dipakai ketika bertani, memburu dan paling penting ia menghangatkan tubuh ketika cuaca dingin.
IKLAN
Fesyen tweed sinonim dengan golongan sosialit atau bangsawan. Ini kerana ia merupakan fesyen vintaj dan terlebih dahulu dibawa oleh jenama-jenama fesyen gah seperti Chanel. Kebijaksanaan Coco Chanel membawa perubahan baru dalam fesyen tweed jacket. Ia diberi potongan lady-like pada tweed jacket. Malah, ia dipadankan dengan skirt serta beg tangan.
- Foto – Tatler
Ianya juga antara aksesori fesyen yang paling versatil. Anda boleh menyarung tweed jacket untuk gaya kasual mahupun korporat. Memang tiada peraturan khas memakai tweed jacket asalkan warnanya matching dengan seluruh outfit anda. Tak lupa juga fabrik tweed dah dipelbagaikan fesyen selain jaket!
- Foto – Lionel Urman/Sipa USA
Jika di Malaysia kita berbangga dengan hasil tenunan songket dan kain batik. Begitu juga dengan England, fabrik tweed merupakan fabrik kebanggaan mereka.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk pencinta fesyen!