Mungkin anda bukan sengaja nak mengada-ngada alergik dengan produk kecantikan yang lain. Namun kepekaan anda pada tekstur dan bahan dalam krim-krim kulit menyebabkan anda tetap memilih produk kecantikan dari jenama mewah. Terutamanya produk untuk merawat dan menyuburkan keadaan kulit tanpa memberi apa-apa kesan alegik.
Antara krim muka yang wajib ada dalam set penjagaan ialah krim anti-aging atau krim anti-penuaan. Ia produk yang paling penting untuk memastikan kulit tetap terjaga biarpun umur semakin meningkat. Kulit bukan sahaja terlihat cantik tapi sihat dari dalam.
Buat anda yang memang mesra dengan tekstur krim mewah. DIVA kongsikan lima krim anti-aging dari label mewah untuk anda cuba.
#1 Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Cream EX Classic [CUBA]
Jenama asal Korea Selatan ini merupakan produk kecantikan yang khusus untuk wanita dari usia 30 tahun sehingga 50 tahun. Jadi banyak produk darinya kaya dengan formula anti-penuaan seperti antioksida, retinoid dan peptide. Krim ekstrak Ginseng ini sesuai untuk semua jenis kulit dan ia boleh digunakan pada waktu siang serta malam. Tekstur yang pekat dan mudah menyerap meninggalkan kesan dewy pada kulit.
#2 Dior Capture Youth Age-Defying Advanced Creme Moisturiser [CUBA]
Merupakan krim anti-aging terbaik yang dihasilkan oleh Dior. Ia tinggi dengan antioksida, dimana berkuasa untuk mengurangkan kedutan dan garis-garis halus. Malah, krim ini juga mampu menguatkan proses epidermis bagi menghasilkan skin barrier yang lebih sihat. Tekstur yang ringan sesuai untuk disapu sebelum mekap atau digunakan pada waktu malam.
IKLAN
#3 Dr. Barbara Strum Super Anti-Aging Face Cream [CUBA]
Menggunakan kaedah sains bagi menghasilkan satu krim memberi kesan awet muda secara total dan berkesan! Ia bukan sahaja memberi kesan kulit bebas kedut, malah menaikkan seri wajah serta melawan kulit dari sebarang radikal bebas yang merbahaya. Gabungan pelbagai minyak tumbuhan dan shea butter meninggalkan kulit lembut dan tegang.
#4 Estee Lauder Revitalizing Supreme+ Youth Power Soft Creme Moisturizer [CUBA]
Terbaru dari Estee Lauder! Formula krim mewah ringan dan halus yang berkuasa mengembalikan keanjalan kulit. Ia dapat membantu meningkatkan kolagen bagi menghasilkan bentuk wajah yang lebih ‘hidup’ dan sihat. Sesuai untuk semua jenis kulit, wanita berumur 20 tahun disyorkan memakai krim ini seawal mungkin. Menariknya lagi, krim ini juga boleh disapu pada kawasan leher untuk menghilangkan garisan kedut yang degil.
#5 Nuxe Merveillance Expert Lift And Firm Cream [CUBA]
Jika anda suka kesan krim yang matte dan tidak berkilat pada wajah, krim anti-aging Nuxe ini mungkin boleh jadi pilihan utama. Ia meninggalkan kesan powdery, disambil meningkatkan keanjalan wajah dan mengurangkan garis kedutan. Jangan risau, krim ini memberi hidrasi mencukupi pada kulit, sekaligus mengurangkan masalah kulit berminyak terutamanya untuk mereka yang berkulit jenis kombinasi. Target umur yang sesuai krim ini ialah mereka yang berusia 35 tahun keatas.
Tak salah pun melabur lebih demi kecantikan. Diri sendiri juga yang untung!