Pernah tak kamu pegang atau check payudara, terasa seperti pelik daripada kebiasaannya? Mungkin seperti ada ketulan, saiz bentuk, kesakitan dan sebagainya.
Sekadar info, remaja perempuan hingga wanita dewasa berpotensi untuk hadapi beberapa keadaan yang ‘pelik’ melibatkan payudara mereka.
Jadi kalau kamu rasakan seperti sesuatu yang pelik berlaku pada payudara, semak dan segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan awal. Tapi sebelum itu, ketahui dulu apakah lima keadaan yang boleh jadi payudara kamu di bawah;
#1 Rasa sakit menyucuk
Kebiasaannya payudara rasa sakit pada tempoh ovulasi hingga permulaan kitaran haid. Keadaan ini berlaku disebabkan perubahan horman, di mana tisu payudara jadi bengkak.
- Foto – Medical News Today
Tapi rasa sakit ini selalunya akan berasa di kawasan ketiak, di satu bahagian payudara saja. Sekiranya kamu rasa sakit seperti ini di luar tempoh ovulasi, ia boleh jadi disebabkan oleh jangkitan atau kecederaan pada payudara.
#2 Cyst
Cyst adalah kantung berisi cecair dalam payudara dan ianya bukan kanser.
- Foto – Mayo Clinic
Selalunya cyst akan terjadi di kalangan wanita dewasa yang tua, tapi ia juga boleh jadi pada remaja perempuan. Bila pegang, kamu boleh rasa cyst ini lembut atau keras, bergantung pada ketebalan tisu yang menutupinya.
#3 Fat Necrosis
- Foto – Very Well Health
Kalau kamu nak tahu fat necrosis adalah ketulan bukan kanser dalam tisu payudara yang disebabkan oleh lemak tisu yang rosak dan musnah. Keadaan ini biasanya berlaku pada wanita yang memiliki payudara saiz besar.
#4 Fibroadenoma
- Foto – Very Well Health
Berbeza-beza saiznya dan boleh tumbuh di mana-mana bahagian tisu payudara, fibroadenoma ini dirujuk sebagai tumor bukan kanser. Rasanya tak sakit dan mudah bergerak apabila kamu sentuh. Fibroadenoma paling kerap ditemui pada perempuan lewat remaja dan juga wanita awal 20-an.
#5 Sclerosing Adenosis
Payudara kita terdiri daripada lobulus (kelenjar penghasil susu) dan saluran (tiub bawa susu ke puting) yang dikelilingi oleh tisu kelenjar serta lemak.
Sclerosing adenosis pula adalah kesakitan yang berlaku apabila tumbuhnya tisu tambahan. Keadaan ini adalah mikroskopik dan ia juga mungkin muncul pada mamogram serta boleh hasilkan ketulan.
Ingat detect awal lebih baik daripada terlambat! Selamat beramal.