Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Meriah Betul Koleksi Fenty Beauty Holiday 2022, Serba-Serbi Ungu!

by Soph.Azz
October 21, 2022
Foto - Fenty Beauty

Foto - Fenty Beauty

11
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sekiranya kamu peminat dan pengumpul produk Fenty Beauty seperti DIVA; maka koleksi Holiday 2022 yang serba ungu ini pasti buatkan kamu teruja!

Fenty Beauty mengeluarkan produk mereka dalam warna baru dan formula popular mereka; setiap produknya berikan kemasan yang tidak buatkan kulit rasa melekit dan berminyak.

Koleksi Fenty Beauty Holiday 2022 ini didatangi dengan 6 produk baru, setiap satunya dihiasi dalam pembungkusan ungu dan bunga yang cantik. Intai di bawah;

FENY ICON THE CASE – Berry Edition (RM70)

Foto – Fenty Beauty

Rihanna mencipta tiga warna baru Fenty Icon Semi-Matte Refillable Lipstick, di mana kamu boleh isi dengan lipstick baru dalam bekas kamu suka!

FENTY ICON THE FILL – Berry Holiday Edition (RM110/setiap satu)

Foto – Fenty Beauty

Diformulasikan dengan hyaluronic acid, Vitamin C & E serta amino acid, lipstick yang dikeluarkan dalam 3 warna ini sangat pigmented, tahan lama, dan ringan!

LIL ICONS MINI  Semi-Matte Lipstick Duo (RM140)

IKLAN

Foto – Fenty Beauty

Set edisi terhad ini menawarkan dua lipstick popular; Scholar Sistadan The MVP. Menampilkan formula separa matte, berkrim dan tahan lama, kamu boleh pakai dalam apa jua keadaan!

GLOSSY POSSE VOLUME 5.0 (RM205)

Foto – Fenty Beauty

Set ini menampilkan tiga Bom Gloss full-sized; dua warna kegemaran penggunanya dan satu warna baharu, eksklusif dipilih sendiri oleh Rihanna.

BABY WATTS – Mini Fluid Freestyle Highlighter Duo (RM110)

Foto – Fenty Beauty

Set ini pula menampilkan dua highlighter terlaris iaitu HU$TLA BABY 2.0 (rona champagne peachy) dan SANDY PEACH (rona rose gold) yang tak akan mengganggu base mekap kamu!

DOUBLE CHEEK’D UP – Freestyle Cream Blush Duo (RM180) 

Foto – Fenty Beauty

Menampilkan dua warna baru; Mali’booze dan Peony Droppa, kedua-dua warna ini sesuai untuk setiap jenis kulit. Apa yang best, wajah tak akan rasa melekit dan berminyak tau bila guna!

Kalau nak beli, pergi ke [SINI].

Tags: Fenty Beautyfenty beauty holiday 2022koleksi fenty beauty
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Meriah Betul Koleksi Fenty Beauty Holiday 2022, Serba-Serbi Ungu!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.