Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Bukan Kate Middleton, Tapi Mereka Ini Yang Pakai Gaun Pengantin Termahal!

by Soph.Azz
October 20, 2022
Foto - People

Foto - People

21
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Rasanya setiap perkahwinan diraja British pasti akan ada ‘perlumbaan’ siapakah yang memakai gaun pengantin yang paling mahal dan luar biasa.

Ada yang katakan gaun Kate Middleton yang paling mahal. Dan ada juga yang katakan gaun milik Puteri Diana dan Meghan Markle lebih mahal.

Tapi kalau kamu rasakan gaun Kate sudah mahal harganya, jangan terkejut pula ye kerana ada gaun pengantin diraja British yang lagi mahal daripadanya. Lihat di bawah;

Puteri Eugenie 

Foto – Town & Country Magazine

Berkahwin dengan Jack Brooksbank, Puteri Eugenie memakai gaun pengantinnya direka oleh Peter Pilotto yang menampilkan perincian off-shoulder dan tenunan simbol kecil yang megandungi makna khas seperti thistle untuk Scotland. Harga gaunnya bernilai sekitar RM1.23 juta.

Meghan Markle 

Foto – Insider / Glamor

Manakala Meghan yang memakai gaun Givenchy pula membayar gaunnya sendiri pada harga sekitar RM1.3 juta. Gaunnya itu sangat ringkas; berlengan panjang dengan perincian off shoulder. Veilnya pula memerlukan masa sebanyak 3.900 jam untuk disulam tangan.

Kate Middleton 

Foto – British Vogue

Direka oleh Sarah Burton, gaun Kate Middleton ini dikatakan berharga sekitar RM2 juta. Gaunnya menampilkan perincian korset dan lengan menggunakan renda Victoria, Manakala panjang skirt gaunnya pula hampir 3 meter.

Puteri Diana 

Foto – Refinery 29

Popular sehingga sekarang, gaun pengantin Puteri Diana direka oleh Wales David Emanuel dengan anggaran harga sekitar RM2.3 juta. Gaunnya itu diperbuat daripada sutera dan taffeta, dihiasi dengan 10 ribu manik, renda serta mutiara.

Dalam sejarah, Ratu Letizia dari Sepanyol dicatatkan memakai gaun pengantin yang paling-paling mahal. Direka oleh Manuel Pertegaz, gaun tersebut menelan kos RM37.8 juta tau!

Tak terbayang betapa mahalnya setiap gaun pengantin mereka kan?

BACA:  Jarang Pamer Kemesraan, Netizen Puji Foto Kate Middleton & Putera William Ini. Romantik Tau!
FILED UNDER baju pengantin mahalkate middletonMeghan Markleprincess diana
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.