Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Sacoor Blue Pilih Malaysia Lokasi Stor Flagship Pertama Di Asia Tenggara

by Lisa AG
October 25, 2022
Foto - Sacoor Blue

Foto - Sacoor Blue

19
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sacoor Blue, konsep gaya hidup baru daripada The Sacoor Group telah membuka stor pertama Asia Tenggara secara rasmi di Pavilion Kuala Lumpur.

Perjalanan Sacoor Group ke pasaran Malaysia bermula 10 tahun lalu dengan pelancaran Sacoor Brothers di Pavilion Kuala Lumpur. Sejak itu, Sacoor Blue diterima baik oleh pengguna tempatan dan terus berkembang setiap tahun.

Disifatkan sebagai jenama pengguna, pakaian Sacoor Blue adalah untuk sesiapa sahaja yang ingin membeli pakaian harian berkualiti yang serba boleh dan selesa.

Foto – Sacoor Blue

Menurut Ketua Pegawai Operasi Sacoor Group, Hugo Carriço;

“Kisah di sebalik jenama ini diilhamkan oleh seseorang yang telah meninggalkan gaya hidup bandar untuk kembali dan menjalani kehidupan yang lebih sederhana. Pakaian di bava Sacoor Blue dibuat untuk kehidupan selesa.

IKLAN

“Dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi, koleksi ini sesuai untuk dipakai harian, supaya kamu boleh mendedikasikan masa berharga kepada perkara yang lebih penting.

Foto – Sacoor Blue

Untuk stor flagship di Pavilion Kuala Lumpur, direka untuk melengkapkan falsafah jenama bagi menjalani gaya hidup yang lebih seimbang. Mengambil inspirasi daripada rumah desa di South Portugal, unsur-unsur hijau digabungkan untuk memberikan rasa sederhana. Stor ini menambahkan suasana yang menenangkan dengan butiran kayu, pelbagai dedaunan dan kerusi rotan yang menambah estetika luaran.

Bukan itu saja, pelanggan juga boleh mendaftar untuk program keahlian Kelab Sacoor yang melayakkan mereka mendapat tawaran istimewa, perkidmatan, diskaun dan hadiah. Mata dikumpul melalui pembelian dari mana-mana stor Sacoor Blue, Sacoor Brothers, Sacoor Outlet atau Sacoor One yang mengambil bahagian dan sah sehingga 12 bulan.

Foto – Sacoor Blue

Dilaporkan, stor kedua akan dibuka di IOI City Mall, dan dilancarkan pada 27 Oktober 2022 dengan lebih banyak pembukaan baru akan disediakan.

Tags: sacoor bluestor flagship sacoor blue
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Sacoor Blue Pilih Malaysia Lokasi Stor Flagship Pertama Di Asia Tenggara

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.