Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

#DIVAKongsi 4 Spot Ikonik Di Singapura Yang Muncul Dalam K-Drama “Little Women”

by Soph.Azz
October 20, 2022
Foto - @netflixsg (IG)

Foto - @netflixsg (IG)

16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Peminat “Little Women”, sudahkah kamu masukkan spot ikonik ini dalam wishlist kamu?

Bagi mereka yang sudah habis tonton “Little Women“. pasti kamu sudah nampak kan beberapa lokasi ikonik di Singapura dalam drama ini. Antara lokasi tersebut telah dilawati oleh Kim Go Eun dan Wi Ha Joon.

Untuk mencipta semula adegan daripada drama tersebut, DIVA senaraikan empat lokasi ikonik yang perlu kamu masukkan dalam wishlist bila ke Singapura.

Keppel Bay 

Terletak di selatan SIngapura (antara Pulau Sentosa dan Pulau SIngapura), lokasi ini sesuai untuk kamu yang sukakan aktiviti riadah sambil menunggu matahari terbenam. Jangan lepaskan peluang untuk amati pemandangan Reflection at Keppel bay; reka bentuk Daniel Libeskind yang dibuat untuk kediaman pertamanya di Asia.

Foto – Marina at Keppel Bay (FB)

Alamat: Keppel Bay View, Singapura 098417

Layari: Web / Instagram / Facebook

Marina Bay 

Nikmati reka bentuk ikon seni bina yang popular iaitu Marina Bay Sands dan Esplanade yang tinggi. Kalau takut akan bangunan tinggi, cuba berjalan-jalan di sepanjang persiaran tepi pantai yang dihiasi arca artistik. Atau pun terus ke pinggir Marina Reservoir untuk lihat layang-layang, perlumbaan bot dan persembahan muzikal.

Foto – Visit Singapore (FB)

Alamat: Bayfront Ave, Singapura 018974

IKLAN

Gardens by the Bay 

Taman semula jadi seluas 101 hektar ini terletak di tengah-tengah Singapura dan bersebelahan dengan Marina Resvoir. Taman ini mempunyai 3 taman tepi laut iaitu Bay South Garden, Bay East Garden dan Bay Central Garden.

Di sini kamu dapat melihat pelbagai koleksi tumbuhan lebih 1.5 juta tumbuhan dari setiap benua. Pada waktu petang, singgah di OCBC Skyway untuk lihat pemandangan dari 22m di atas tanah okay!

Foto – Visit Singapore (FB)

Alamat: 18 Marina Gardens Dr, Singapura 018953

Layari: Web / Instagram / Facebook 

Boat Quay

Boat Quay adalah dermaga bersejarah yang terletak di hulu dari muara Singapore River; tebing selatan. Bila ke sini, kamu boleh temui beberapa bar, pub dan restoran terbaik.

Foto – Visit Singapore (FB)

Alamat; Bonham St, Singapura 049782

DIVA yakin kalau ke sini nanti mesti akan feeling habis!

Tags: Kim Go Eunlittle women koreawi ha joon
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    #DIVAKongsi 4 Spot Ikonik Di Singapura Yang Muncul Dalam K-Drama “Little Women”

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.