Adakah memakai jam tangan buat kamu lebih menarik?
Jam tangan adalah aksesori yang dipakai oleh lelaki dan wanita. Kini bagi sesetengah orang, memakai jam tangan adalah sesuatu yang dilakukan selama bertahun-tahun dan tidak memikirkannya sama ada ia membuatkan orang kelihatan lebih menarik atau tidak.
Bagi mereka yang lebih mengambil berat tentang pilihan fesyen mereka, aksesori itu adalah bonus.
Realitinya ialah jam tangan serta-merta meningkatkan penampilan. Pakaian yang kamu anggap basa atau sederhana boleh berubah menjadi statement apabila kamu memakai jam tangan yang hebat. Contohnya jam tangan eksklusif G-SHOCK x Jahan Loh ini.!
Kerjasama dengan artis kontemporari Jahan Loh
Casio meneruskan pengembaraan dalam reka bentuk jam tangan unik dengan G-SHOCK GA-110JAH22-2A terbaru, mode eksklusif dan edisi terhad Asia Tenggara.
IKLAN
- Foto – G-Shock
Ia merupakan model kerjasama dengan artis kontemporari Singapura, Jahan Loh, yang dipercayai antara perintis seni jalanan Cina yang membawa genre itu ke galeri di Singapura dan China.
Membawa wajah baru pada Siri GA-110 analog digital yang ikonik, GA-110JAH22-2A hadir dalam warna biru dengan perincian lukisan seni Jahan bersama aksen merah jambu pada muka, sarung dan tali, serta perkataan “I HAVE SEEN THE FUTURE” yang direka oleh Jahan.
- Foto – G-Shock
Model ini didatangkan sekali dengan pembungkusan khas Peranakan House yang melengkapkan lagi item unik ini. Ia juga dilengkapi dengan kotak jam tangan khas dengan gabungan warna biru dan merah jambu khas Jahan.
Untuk pembungkusan Peranakan House dan jam tangan boleh didapati secara eksklusif di laman web Casio [SINI], stor G-Factory & G-Shock, kedai pengedar sah G-Shock.
- Foto – G-Shock
Model ini dijual secara runcit pada harga;
- GA-110JAH22-2SPCBOX (Special Peranakan House Package) – RM845
- GA-110JAH22-2A – RM775