Tanyalah mana-mana pakar dermatologi, salah satu resepi untuk kulit yang bersih adalah mendapatkan tidur yang cukup.
Putaran tidur yang tidak betul, bukan sahaja akan memberi kesan kepada minda, tubuh badan, malah terlihat dengan jelas pada kulit wajah. Kulit kelihatan lebih kering, kesat, nampak tua dan tidak bermaya, keseluruhannya tidak sempurna.
- Foto – Pinterest
Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan peningkatan hormon stres dan keradangan.
IKLAN
Sekiranya kamu mengalami tidur malam yang tertekan, badan kamu akan menghasilkan lebih banyak glukokortikoid.
Glukokortikoid adalah hormon steroid yang merosakkan fungsi sistem imun. Penghasilan glukokortikoid yang berlebihan boleh menyebabkan keabnormalan pada struktur dan fungsi kulit yang mengakibatkan kerosakan, peningkatan sensitiviti serta keradangan kulit yang bertambah seperti jerawat dan psoriasis.
- Foto – Pinterest
Kamu kena tahu, tidur adalah masa untuk seluruh badan kamu menjana semula, termasuklah kulit. Apabila kamu tidur lebih lama, kamu meningkatkan keupayaan semula jadi tubuh secara berkesan untuk melakukan fungsi penyembuhannya seperti menghilangkan jerawat.
Jadi, semasa tidur, badan kamu memperbaharui, menyembuh dan menyingkirkan toksin dari kulit. Tabiat tidur yang sihat dapat membantu mengurangkan keradangan dan mengehadkan masalah jerawat.