Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Ramai Yang Pakai Hair Mask Dengan Salah, Ini Cara Yang Sebenarnya…

by Soph.Azz
October 19, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

424
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sama ada rambut kamu berwarna, kering, rosak, bercabang, rapuh dan sebagainya; penting untuk kamu gunakan hair mask dalam cara yang betul untuk baiki dan suburkan rambut. Baik dari akar rambut hingga ke hujung.

Tak seperti syampu dan perapi, hair mask tidak perlu digunakan setiap hari dan hanya sebanyak 2-3 kali seminggu saja.

Walaupun hair mask boleh bantu kamu dapatkan rambut yang sihat dan bersinar, tapi tak ramai yang tahu cara betul untuk dapatkan manfaatnya. Buat kamu yang tak pernah jadikan hair mask sebagai rutin atau baru nak mula gunakannya, baca perkongsian DIVA di bawah;

Apa-apa pun, pilih hair mask ikut jenis rambut dulu

Sebelum gunakan hair mask, penting untuk kamu tahu hair mask jenis apakah yang sesuai mengikut keadaan rambut kamu. Untuk mudahkan kamu, DIVA telah kelaskan beberapa jenis rambut dan hair mask apa yang sesuai untuk kamu seperti:

#1 Halus dan berminyak

DIVA syorkan untuk kamu guna hair mask yang lightweight, kerana ia akan beri kelembapan dan buatkan rambut bersinar tanpa nampak menipis, berminyak dan kurang volume.

Foto – Sephora / Space NK

#2 Kering dan frizzy 

Rambut yang kering dan frizzy sangat memerlukan penghidratan yang cukup. Apa yang kamu perlukan adalah hair mask yang mempunyai ciri deep-conditioning. Selain berikan kelembapan yang cukup, hair mask jenis ini mampu melembutkan serta melicinkan rambut kamu.

#3 Rambut berwarna 

Jenis rambut ini pula, DIVA sarankan untuk kamu guna hair mask jenis ultra-hydrating yang dicipta khas untuk merawat rambut berwarna. Manfaat gunakan hair mask jenis ini, ia akan panjangkan ‘hayat’ warna rambut dan pastikan sentiasa nampak bermaya tanpa memudarkannya.

IKLAN

Foto – Sephora

#4 Keriting dan kasar  

Untuk hair mask bagi jenis rambut ini, kamu memerlukan penghidratan yang cukup. Jadi DIVA syorkan untuk kamu pilih hair mask yang dicipta khas untuk rambut keriting. Bukan saja hilang kusut, tapi kamu boleh dapat volume semula jadi pada keriting!

Cara pakai hair mask dengan betul!

Nak dapatkan seluruh manfaat hair mask, kamu perlu tahu cara pakai yang betul. Bermula daripada…

@sarahbrawleyhair

Hair mask hack for healthy shiny hair! using the @hairburst mask! #AD #haircaretips #hairmask #hairtutorial #GetGrafting #learnontiktok

♬ formula – favsoundds

  • Langkah 1: Cuci rambut dengan bersih sebelum keringkan guna tuala kering. Jangan terlalu kering, biarkan rambut sedikit lembap.
  • Langkah 2: Bahagikan rambu kepada beberapa bahagian untuk mudahkan pemakaian hair mask.
  • Langkah 3: Ambil hair mask dan sapu di setiap bahagian yang dibahagikan. Pastikan bermula di tengah rambut (tengah ke  hujung).
  • Langkah 4: Sambil sapu, sikatkan guna jari di setiap rambut untuk pastikan hair mask kena pada semua bahagian rambut.
  • Langkah 5: Lebihan hair  mask di tangan boleh diletak pada akar rambut. Urut untuk pastikan hair mask terkena di semua bahagian.
  • Langkah 6: Klipkan rambut dan biar selama 20-30 minit sebelum bilas dengan air.

Untuk lebih efektif, kamu boleh gantikan klip dengan tuala yang dipanaskan (sama ada dalam mikrowave atau steam). Bungkus rambut di atas kepala.

Selamat beramal!

Tags: cara pakai hair maskhair mask terbaikhair mask trick
Share170SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Ramai Yang Pakai Hair Mask Dengan Salah, Ini Cara Yang Sebenarnya…

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.