Di mana peminat Harry Potter semua? Cotton On melancarkan Harry Potter Capsule Collection. Sama ada kamu Gryffindor, Slytherin, Hufflepuff atau Ravenclaw, pakai tee grafik, topi, tote dan baju sejuk dengan cetakan ikonik untuk kamu pakai rasa bangga.
View this post on Instagram
Untuk keluaran October 22, Cotton menampilkan ikon yang menjadi kegemaran ramai. Harry Potter, filem yang cukup disegani dan ikonik dibawa masuk oleh Cotton On untuk koleksi terbaru kali ini. Jadi, kamu boleh menambah helaian yang memikat ini ke dalam wardrobe harian.
Bulan ini juga, Cotton On meraikan ulang tahun ke-25 pelancaran buku Harry Potter and The Philosopher’s Stone dan ulang tahun ke-20 filem Harry Potter pertama dengan koleksi kapsul untuk menyerlahkan lagi imej Potterhead dalaman kamu.
IKLAN
View this post on Instagram
Masuki dunia ahli sihir dan wakili rumah kamu dengan tee grafik, topi, tote dan sweatshirt dengan cetakan ikonik. Lengkapkan OOTD kamu dengan Petite Flare Jeans dan Sneakers Cara Lace Up untuk penampilan bergaya, barulah nampak seperti pelajar Hogwarts.
Apa lagi dapatkan Harry Potter Capsule di cottonon.com dan stor Cotton On.