Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Jenis Serum Yang Tepat Untuk Wanita 20-an, 30-an & 40-an, Cepat Check Sini!

by Soph.Azz
October 18, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

48
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kalau ikutkan umur, serum jenis apa yang patut dipakai dan sesuai dengan kulit?

Rasanya ramai yang hadapi isu yang sama seperti DIVA, bagaimana nak pilih serum yang tepat dengan kulit wajah sendiri. Tambah-tambah sekarang ini, ada banyak sangat serum yang dijual di pasaran kan?

Nak tahu serum jenis apa yang sesuai untuk kamu dan jenis kulit, baca perkongsian di bawah;

Untuk wanita 20-an…

Dipetik daripada The Zoe Report, Dr. Kan Cao mendedahkan wanita 20-an berpotensi untuk boleh terdedah pada masalah jerawat yang disebabkan oleh banyak faktor, salah satunya hormon.

Foto – Pinterest

Jadi untuk kamu yang mahu gunakan serum, dinasihatkan untuk pilih kandungan Vitamin C. Tujuannya adalah untuk lindungi kulit daripada radikal bebas, cegah bintik hitam dan rangsang pengeluaran kolagen.

Dan kalau sesuai, kamu juga boleh mula gunakan retinol. Selain dapat rawat jerawat, kamu turut dapat atasi penuaan pramatang.

IKLAN

Wanita 30-an pula sesuai pakai ini…

Pada usia 30-an, kebiasaannya kamu akan mula ada garis halus, kulit jadi kusam dan mudah kering. Dan untuk atasi masalah kulit tersebut, serum yang kamu perlukan adalah jenis anti-aging.

Foto – Pinterest

Menurut Women’s Health Mags, antara bahan dalam serum yang disyorkan untuk cuba adalah retinol, ceramide, Vitamin C, PHA/BHA/AHA, hyaluronic acid, salicylic acid dan ferulic acid.

Apa-apa pun, sesuaikan dengan keadaan dan jenis kulit kamu dulu okay.

Manakala wanita 40-an kena pilih serum jenis…

Dalam Today, Dr. Mona Gohara mendedahkan wanita 40-an akan alami penurunan kadar estrogen. Penurunan ini mempengaruhi penghasilan kolagen, ketebalan dan hidrasi kulit secara tidak langsung.

Foto – Pinterest

Dan antara bahan serum yang kamu perlukan ketika ini adalah Vitamin C, Vitamin E, Vitamin B5, hyaluronic acid, peptides serta retinol.

Selamat beramal!

Tags: serumserum terbaikserum wajah ikut umur
Share19SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Jenis Serum Yang Tepat Untuk Wanita 20-an, 30-an & 40-an, Cepat Check Sini!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.