Cuba bayangkan kamu sedang bersiap-siap sama ada untuk hadiri majlis yang eksklusif; bergaul dengan mereka yang high class, makan malam istimewa dengan si dia atau pun berjumpa dengan rakan.
Sudah all out pada pakaian dan aksesori, kamu semestinya memerlukan wangian yang sesuai. Bak kata orang putih, perfectly matched dengan look kamu.
Untuk situasi begini, kamu memerlukan wangian yang bukan hanya berikan kamu bau yang mahal. Tetapi mahal level ‘kayangan’. Untuk wangian seperti itu, DIVA ada beberapa wangian yang mahu kamu cuba.
Lihat di bawah;
GUCCI Flora
- Foto – Pinterest
Nak rasa berkeyakinan, muda dan anggun, DIVA syorkan untuk guna Gucci Flora. Wangian yang mempunyai nota atas peony, oren mandarin, dan mawar ini memberikan sedikit rasa manis.
CHANEL N°5
- Foto – Pinterest
Paling popular, wangian Chanel N°5 ini mempunyai campuran nota floral dan sweet. Psst… Wangian yang sedikit powdery ini mungkin tak semua yang sesuai tau.
DIOR J’Adore
- Foto – Pinterest
Campuran bau jasmin dan bunga putih dalam satu botol wangian berikan kamu rasa yang sangat mahal dan lebih feminin!
DIPTYQUE Philosykos
- Foto – Pinterest
Suka bau kayu-kayan dan sedikit hint buah-buahan? Cubalah wangian yang ringkas dan elegan daripada Diptyque ini, kamu pasti akan rasa segar dalam masa yang lama!
CHANEL Coco Mademoiselle
- Foto – Pinterest
Hanya perlu sembur sebanyak sekali atau dua kali saja, wangian Chanel yang ini sesuai untuk mereka yang fun tapi masih mahu kekalkan personaliti yang elegan dan sofitikated!
Selamat mencuba!