Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Belajar Dari Kisah Lesti Kejora-Rizky Billar, Ini Ciri-Ciri Hubungan Yang Abusive & Toksik

by Soph.Azz
October 17, 2022
Foto - Grid ID

Foto - Grid ID

23
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bukan hanya di Indonesia, malah di Malaysia pun kes rumah tangga melibatkan Lesti Kejora dan Rizky Billar telah menarik perhatian semua orang. Ini kerana Lesti membuat laporan polis selepas menjadi mangsa kekerasan rumah tangga. Gara-gara suaminya, Rizky telah berlaku curang terhadapnya.

Dan apa yang membuatkan ramai terkejut dan kesal dengan Lesti adalah dia menarik semula laporan polis yang dibuatnya. Dalam pada masa yang sama, dia bersedia untuk menerima dan memaafkan suaminya itu.

Melihatkan tindakan Lesti menarik semula laporannya membuatkan ada sesetengah pihak berasa geram akan tindakannya. Dan ada juga yang mengatakan Lesti sebenarnya berada dalam hubungan yang abusive dan juga toksik.

Nak tahu apakah ciri-ciri hubungan yang abusive dan toksik, scroll serta baca sampai habis!

#1 Love slave 

Dalam sedar atau tidak, ada sesetengah daripada kita pernah atau sedang menjadi hamba cinta (love slave).

Foto – First Cry Parenting

Kesan love slave ini bukanlah sesuatu yang bagus kerana ia akan menyebabkan gangguan psikologi iaitu stockholm syndrome. Gangguan ini menyebabkan si hamba cinta ini akan menimbulkan rasa simpati hingga menyebabkan dia perlu setia terhadap si pelaku.

Stockholm syndrome akan membuatkan mangsa berfikir untuk bergantung sepenuhnya pada si pelaku secara emosi, fizikal dan kewangan.

#2 Stonewalling 

Buat mereka yang tak pernah dengar, stonewalling adalah satu keadaan di mana seseorang individu itu tidak mahu berkomunikasi atau bekerjasama dalam menyelesaikan masalah.

Foto – Healthy Place

Mereka yang stonewalling ini adalah individu yang mahu komunikasi satu hala dan pasangannya ikut kehendaknya tanpa bantahan. Kebiasaannya individu ini anggap dirinya adalah yang paling betul dan bukannya orang lain.

BACA:  Sampai Bila?! Kenapa Agaknya Ada Orang Sanggup Hidup Dalam Hubungan Toksik

#3 Dikawal dan dipaksa

Paling ketara, mereka yang berada dalam hubungan toksik sering dikawal dan dipaksa oleh pasangan. Situasi ini boleh berlaku dalam bentuk possesive atau pun syak wasangka yang berlebihan.

Sebagai contoh, kamu mungkin akan dikawal dan dipaksa untuk tidak berjumpa dengan rakan atau keluarga dan banyak lagi. Erti kata lain, tidak bebas untuk lakukan apa yang biasa kamu lakukan.

#4 Penderaan emosi dan fizikal 

Percaya atau tidak, ramai yang tak sedar mereka didera secara emosi. Dan beberapa penderaan emosi yang biasanya berlaku adalah;

  • Sering dipermalukan tak kiralah di tempat atau awam atau tidak.
  • Sering di-guilt trip oleh pasangan.
  • Bila tidak ikut kehendak pasangan, kamu diancam untuk disakiti dan sebagainya.
  • Kena silent treatment dan juga ghosting.
Foto – ADA Marketplace

Manakala penderaan fizikal pula adalah satu ciri hubungan abusive dan toksik yang jelas. Antaranya adalah menolak, menampar, memukul, menendang, mencekik, dilempar hingga dirosakkan harta benda peribadi.

#5 Asingkan diri dan susah dihubungi 

Mangsa yang berada dalam hubungan jenis ini, kamu akan dapati mereka cenderung untuk menarik diri daripada bergaul secara tiba-tiba. Dan paling ketara sekali, susah dihubungi, baik oleh keluarga atau rakan terdekat.

Renung-renungkan, pernah tak kamu berada dalam situasi di atas?

FILED UNDER hubungan toksiklesti kejorarizky billar
Share9SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.