Dimana-mana sahaja pasti kita akan jumpa kafe atau restoran yang kini menjual pelbagai citarasa kopi. Nampaknya masyarakat semakin menghargai nikmat dan seni pembuatan kopi. Dulu sukar nak menikmati kepadatan kopi asli, tapi sekarang gerai tepi jalan pun megah dengan mesin kopi.
Namun tidak semua orang rajin untuk keluar rumah semata untuk membasah tekak. Pasti masih ada yang bermalasan dan lebih memilih untuk menyediakan sendiri cecair hitam sedap dirumah sahaja.
Nah, buat anda yang ingin menikmati kopi buatan sendiri. DIVA ada sediakan pilihan mesin kopi terbaik untuk anda sebagai begginer.
#1 DeLonghi EC230BK Manual Coffee Espresso Machine [BELI]
IKLAN
Bila nak cuba buat kopi sendiri dirumah tak perlu pun ciri yang banyak, cukup sekadar alat penekan dan alat buih susu. Mesin kopi DeLonghi model EC230BK merupakan model yang telah ditambahbaik dari model terdahulu. Ia mempunyai tekanan 15 bars bagi menghasilkan hasil espresso yang pekat dan likat. Pelbagai ciri tambahan seperti anti-drip, dua drip boleh ubah suai dan fungsi mudah untuk kopi espresso dan capuccino. Saiz yang lebih kecil, senang untuk diletakkan dimana sahaja sudut dapur anda.
#2 Lebensstil Kollektion Espresso Machine LKCM-112X [BELI]
Mesin kopi yang paling berpatutan setakat ini yang DIVA jumpa. Ia turut dilengkapi ciri alat buih susu yang tinggi, ciri keselamatan dari segi pemanasan dan tangki air sehingga 1.25 liter. Dari ulasan pengguna, mesin ini mampu menghasilkan kualiti crema yang baik biarpun baru sahaja mencuba.
#3 Morphy Richards Espresso Coffee Machine 172EM1 [BELI]
Jika nak rasa hasil kopi yang lebih beraroma sebaiknya pilih tekanan 20 bars seperti yang ada pada mesin kopi Morphy Richards ini. Saiz tangki yang lebih besar 1.5 liter juga dapat menyediakan lebih banyak cawan kopi. DIVA tertarik dengan rekaan mesin yang kelihatan retro, sesuai untuk mereka yang mengidamkan aksesori dapur dengan pantulan estetika.
Rumah anda memang harum berbau kopi lah selepas ini. Selamat menikmati kopi!