Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

#DIVAKongsi Set Lipstik Mini Bukan Saja Warna Cantik Tapi Mudah Bawa Bila Travel

by Indah Aziz
October 16, 2022
Foto - Instagram @syedewacosmetics

Foto - Instagram @syedewacosmetics

17
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sudah jadi kemestian penulis kemana-mana sahaja mesti tak tinggal sebatang lipstik sebagai ‘alat kecemasan’. Bukan apa, kalau keluar tanpa mencalit sebarang warna di bibir terasa tidak bermaya. Drama sungguh!

Cuma kadang terasa bosan asyik menyapu warna yang sama sahaja. Lagikan pula ketika bercuti beberapa hari destinasi baru. Mestilah warna lipstik nak sedondon gaya outfit dan solekan. Tak begitu?

Dari perlu membawa banyak liptstik, kini terdapat beberapa jenama kecantikan yang mengeluarkan bukan sahaja warna lipstik yang cantik, malah mesra kembara! Ini antara set mini lipstik jadi pujaan DIVA;

#1 SYEDEWA Pockets 2.0 [CUBA]

Siapa tak kenal dengan nama Syedewa, antara jurusolek terkemuka tanah air! Beliau kembali dengan produk hangat lip matte mini yang jadi rebutan ramai. Kali ini dengan dua rona iaitu Amman dan Seoul. Hasil lip matte yang lembut pada bibir, tidak mengeringkan dan signature bau melon yang menyegarkan. DIVA yakin enam warna lip matte dari Syedewa memang jadi kegilaan wanita kulit sawo matang dan gelap di Malaysia.

Foto – Instagram @syedewacosmetics

#2 NVDISMS Pop That Lips [CUBA]

Beauty brand yang paling penulis suka untuk rona-rona neutral dan nude semestinya dari NVDISMS! Anda boleh pilih set lip matte dan lip gloss dari dua tona iaitu earth dan nude. Lengkap dengan dua warna lip matte dan satu finishing gloss yang menggiurkan. Paling best, setiap set anda akan dapat percuma palet pemerah pipi dan contour.

IKLAN

Foto – Instagram @nvdismsbeauty

#3 DEAR DAHLIA Mini Paradise Dream Velvet Lip Mousse [CUBA]

Tak gemar nak bergincu tebal boleh cuba set lip mousse dari Dear Dahlia. Ia bertekstur ringan dan menghasilkan warna-warna ombre yang lembut. Siapa yang berkulit cerah atau pucat sangat sesuai dengan set lip mousse Dear Dahlia. Anda boleh pilih dari empat koleksi set lip mousse yang lengkap dengan rona yang menarik.

Foto – Sephora Malaysia

#4 NUDESTIX Soft Matte Nudes Lip + Cheek Mini Kit (Limited Edition) [CUBA]

Jenama Nudestix antara produk unik dan multitasking penggunaanya. Set lip + cheek memang sesuai untuk dijadikan set travel. Ia bukan sahaja boleh menyerlah warna bibir tapi warnanya kemas untuk layangan pemerah pipi. Tekstur produk yang matte, mudah disapu dan tahan lama jadikan set Nudestix ditunggu-tunggu oleh peminat. Sementara stok masih ada, baik cepat!

Foto – Sephora Malaysia

#5 3CE Red Recipe Lip Color Mini Kit [CUBA]

Jika anda mencari warna-warna gincu garang, boleh cuba set dari 3CE Red Recipe Lip Color ini. Ia mempunyai lima rona merah yang sesuai dipakai pada setiap hati. Tekstur krim, melembap dan tahan lama membuatkan lipstik ini antara produk must-have.

Foto – Shopee Malaysia

Apa yang DIVA suka lagi kalau ada set lipstik kecil, harga lebih jimat dan kita boleh bereksperimen dengan warna-warna yang ada.

Selamat mencuba!

Tags: set lip matteset mini lipstick
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    #DIVAKongsi Set Lipstik Mini Bukan Saja Warna Cantik Tapi Mudah Bawa Bila Travel

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.