Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

6 Fakta Menarik Anya Taylor-Joy, Patutlah Banyak Label Fesyen Mewah Berebutkan Dia!

by Indah Aziz
October 15, 2022
Foto - The New York Times

Foto - The New York Times

17
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sejak menonton The Queen’s Gambit, Last Night in Soho dan Emma. Rasa tak puas hasil seni aktress muda berbakat, Anya Taylor-Joy. Itu belum lagi perhati sorotan gambar dan video Anya di Instagram. Memang betul gah dan penuh dengan perkongsian foto high fashion.

Nampaknya, Anya sudah jadi kegemaran nama majalah fesyen terbesar dunia. Tuah untuknya bukan sahaja dapat kontrak filem-filem besar tapi penaja mewah dari busana hingga kecantikan.

Raut wajah yang unik mungkin antara faktor utama Anya jadi pilihan. Namun DIVA pasti mesti ada banyak lagi alasan kenapa Anya Taylor-Joy sering diangkat-angkat dalam dunia hiburan sosialit.

Lahir di Florida, kemudian menetap Bueno Aires, Argentina sebelum pindah ke London England. Berkacukan darah British dan Sepanyol sebelah ibu dan Scottish dan Argentina sebelah bapa membuatkan bahasa Anya cukup luas. Dia boleh berbahasa Sepanyol, fasih dan mempunyai 3 kewarganeraan iaitu Amerika, Argentina dan British.

 

Ketika usia 8 tahun, Anya baru boleh berbahasa Inggeris. Namun apa yang menjadi tanda tanya ialah jenis aksen yang digunakan oleh Anya. Mungkin ada yang mendengar seperti aksen English, kadang-kadang ada juga seperti Amerika. Sebenarnya, Anya menggunakan aksen bergantung pada situasi atau individu yang bersama dengannya. Anya mudah untuk mengajuk apa jua aksen, kerana Bahasa Inggeris bukan bahasa pertamanya.

IKLAN

Patutlah Anya kelihatan begitu selesa dengan kamera! Sebelum memulakan dalam bidang lakonan, Anya terlebih dahulu terlibat dalam dunia modelling. Semasa umur 16 tahun, Anya telah dilihat oleh ejen modelling terkemuka iaitu Sarah Doukas dari Storm Model Management. Namun, lakonan memang menjadi minat Anya, setelah 3 kali pengambaran akhirnya Anya menempuh cabaran sebagai pelakon.

Foto – CGV

Ramai yang terkejut bila Anya menyanyikan sendiri lagu latar filem Last Night in Soho. Rata-rata peminat memuji kelunakan suara Anya. Selain suka membaca ketika mengisi masa lapang, Anya gemar memetik ukelele dan menyanyi. Talented! 

Tahu tak, Anya langsung tidak pernah menerima sebarang pendidikan drama, teater atau lakonan. Sekadar pernah masuk kelab drama sekolah sahaja! Ternyata bakat lakonan yang Anya miliki semulajadi. Siapa yang pernah tengok lakonan dia sahaja yang tahu tau. 

Foto – Twitter

Gadis cantik seperti Anya biasanya akan mencantikkan diri ala-ala Barbie bukan? Tapi untuk Anya dia berani untuk mengolah pelbagai gaya fesyen. Apa yang DIVA perhatikan, Anya dekat dengan fesyen-fesyen retro sekitar 60-an. 

Foto – Vanity Fair

Kagumkan dengan nama Anya Taylor-Joy, sangat memberi inspirasi kepada ramai gadis muda diluar. Tambah ilmu, berani dan sentiasa bijak membawa perwatakan diri.

Harap pembaca dapat mengenali Anya dengan lebih dekat dari artikel ini!

Tags: biodata anya taylor joyfilem anya taylor joysiapa anya taylor joy
Share7SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - Vogue Mexico
Selebriti

Ingat Lagi Gadis 2 Fast 2 Furios? Ini Update Terbaru Tentang Deon Aoki

March 4, 2023
Foto - allt
Selebriti

Poyd Treechada Cantik Dari Wanita Sebenar, Diakui Lady Boy Paling Menawan Di Thailand

February 25, 2023
Foto - The Edge
Selebriti

Gemar Dating Gadis Muda, Leonardo Dicaprio Kini Galak Bercinta Model Usia 19 Tahun!

February 19, 2023
Foto - The Independent
Selebriti

Apa Khabar Paris Hilton? Sedikit Perkembangan Baru Tentang Ikon Fesyen Y2K

February 11, 2023

IKLAN

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    6 Fakta Menarik Anya Taylor-Joy, Patutlah Banyak Label Fesyen Mewah Berebutkan Dia!

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.