Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Basic Tapi Glamour! Contoh Gaya ‘White Tank Top’ Rujukan Fesyen Musim Panas

by Indah Aziz
October 15, 2022
Foto - The Everygirl

Foto - The Everygirl

13
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Gaya fesyen paling dikagumi ialah bila ia aturan pakaian yang ringkas tapi tetap memberi impak semasa.

Senang kata fesyen simple seperti menggayakan t-shirt putih tanpa lengan sudah menjadi fenomena sejak 90-an. Namun, helaian ini kembali menguggah dunia fesyen terutamanya street style. Ia kerap dipilih kerana versatil dan terlihat mempunyai kuasa tersendiri pada si pemakai.

Dari jalanan hingga ke karpet merah, t-shirt putih sudah seperti kanvas bersih untuk artisnya mencorakkan mengikut seni personaliti tersendiri. Agaknya kamu tak tahu nak gaya white tank top dalam almari tu?

DIVA sediakan bingkisan rujukan buat kamu…

Bella Hadid pilih all mighty white! Dari top hinggalah celana dan kasut but turut warna putih. Sekaligus mencipta aura berani dan chic. Supermodel ini tak berlebihan pun untuk aksesori, sekadar subang, seutas rantai, gelang dan cincin. Settle! 

Foto – Vogue

Serius memang seksi sangat cara Sofia Richie mengolah top putihnya. Hanya lipat pada sisi baju, biarkan bahagian tengah tajam bagi memperlihat abdomen. Tanpa kita sedar, ia juga memberi ilusi upper body lebih ramping. Take note ya! 

IKLAN

Foto – Backgrid

Tak sangka crop top putih ketat yang digayakan model Kaia Gerber boleh digayakan ala sporty. Lilitan skaf bandana, topi baseball dan sneakers Converse membawa nafas baru untuk gaya ringkas ini. Boleh bayangkan gaya ini untuk hadiri acara sukan atau ke perjumpaan kelab tenis. 

Foto – Celebfirst

Bermalasan untuk fikir gaya bercuti? Tiru sahaja stail Hailey Bieber dibawah. Biarpun hanya memakai crop top putih tapi model sensasi bijak menambag warna sedondon pada bucket hat dan bingkai cermin mata. DIVA suka dengan sandal yang disarung Hailey, cocok sangat untuk percutian. 

Foto – Grazia

Teringin nak pakai denim on denim tapi masih tak berani? Nah, jadikan white tank top kamu sebagai sandaran kedua. Lihat Stella Maxwell yang sebaiknya menggunakan top putih untuk memberi gaya fesyen kelihatan sederhana dan tidak keterlaluan. 

Foto – Sassy Daily

Manisnya Gigi Hadid dengan top tank fluff dan kardigan berbulu! Sememangnya memiliki white tank top cukup berbaloi. Anda boleh gayakan dengan apa jua jaket, kot mahupun kardigan. Kalau bosan dengan top biasa, boleh cuba top yang ada tekstur seperti Gigi. 

Foto – Celebfirst

Sepantas kilat kamu akan terlihat basic tapi glamour! Selamat mencuba <3

Tags: fesyen singlet putihtank white top
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Basic Tapi Glamour! Contoh Gaya ‘White Tank Top’ Rujukan Fesyen Musim Panas

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.