Supermodel Heidi Klum berdepan kritikan pedas terhadap penggambaran pakaian dalamnya bersama dengan anak perempuan Leni Klum, 18 tahun.
Kedua-dua mereka mempamerkan daya tarikan dalam pakaian dalam mewah untuk jenama pakaian dalam Itali, Intimissimi. Supermodel Jerman itu dilihat memakai pakaian dalam hitam dengan aksen renda bunga putih. Manakala puterinya pula memakai set bralette dan seluar dalam.
View this post on Instagram
Leni Klum yang kini berusia 18 tahun nampaknya mewarisi bakat ibunya sebagai model dengan bergambar anggun di hadapan kamera. Heidi Klum pula masih lagi menunjukkan pesonanya sebagai supermodel yang unggul pada era 90-an hingga 2000-an.
Walaubagaimanapun, tidak semua orang menyukai kempen iklan tersebut. Netizen merasa kempen tersebut agak seksual dengan menonjolkan fizikal seorang remaja perempuan. Ada pula beranggapan Heidi seperti ‘menjual’ anak sendiri demi mengekalkan populariti.
IKLAN
Komen di Instagram @intimissimiofficial, mengatakan ‘sangat mengganggu’, ‘pelik dalam pelbagai cara’, ‘rasanya tak perlu kempen ibu dan anak’, ‘keterlaluan bila melakukan seksual terhadap anak perempuan bila usia baru sahaja masuk dewasa’.
View this post on Instagram
Apa kata kamu tentang kempen tersebut? Rasa agak keterlaluan ke mereka berdua?
Info, Leni Klum ialah anak kandung Heidi Klum dan ahli perniagaan Flavio Briatore. Heidi memilih untuk berpisah dengan Flavio setelah mengetahui lelaki itu sedang menjalin hubungan sulit.
Leni kemudian mengikut jejak langkah ibunya ke dunia peragaan. Leni telah muncul dalam pertunjukan fesyen Dolce & Gabbana dan menjadi model untuk edisi Januari/Februari 2021 Vogue Germany.