Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Tanpa Siapa Sedar, 4 Gejala Gangguan Mental Ini Ramai Yang Alami

by Soph.Azz
October 12, 2022
Foto - Mercy Medical Centre

Foto - Mercy Medical Centre

15
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Perasan tak sekarang ini ramai yang ambil tahu dan mula peka akan gejala gangguan mental. Berbanding dulu, ada yang pandang serong atau buat tak endah apabila tahu individu sekelililngnya hadapi situasi tersebut.

Kalau kamu nak tahu, gangguan mental ini boleh ‘serang’ sesiapa saja termasuklah mereka yang berada dekat dengan kita. Disebabkan oleh simptomnya mungkin remeh atau berlaku dalam tak sedar, membuatkan kita jadi tidak ambil tahu dan abaikannya.

Nak tahu tak apa gejala gangguan mental yang boleh ‘menyerang’ jiwa kita tanpa sedar? Ketahuinya dalam perkongsian DIVA di bawah;

#1 Kerap alami gangguan tidur atau insomnia 

Gangguan tidur atau insomnia adalah salah satu gejala yang disebabkan oleh gangguan mental. Bila fikiran jadi tak menentu, banyak berfikir dan kerap bimbang, kita akan alami kesukaran untuk tidur gara-gara otak masih ‘berkerja’.

Foto – Steps To Recover

Kalau kamu sering alami masalah tidur atau tak dapat hentikan pemikiran cemas daripada berlarutan, kamu perlu tahu ia adalah simptom awal kemurungan.

#2 Sukar untuk kekal fokus dan kendalikan diri 

Bila mula alami kesukaran untuk fokus, kamu akan dapati diri menjadi susah nak kekal tenang dan tidak terkawal. Tanda-tanda ini boleh jadi petunjuk bahawa kesihatan mental kamu sedang terjejas. Akibatnya, situasi ini boleh sebabkan kamu lakukan sesuatu yang berisiko dan di luar kawalan.

IKLAN

#3 Mula nak jarakkan diri dan rasa diri tak berguna 

Mereka yang sering dihantui rasa gagal atau tak berguna, pasti akan rasa hilang semangat nak hidup.

Foto – Only My Health

Apabila berlaku dengan kerap, secara diam individu tersebut akan mula jarakkan diri daripada orang sekelilingnya dan jalani hidup secara bersendirian dengan tanggapan dia tidak mempunyai sesiapa di dunia ini.

#4 Asyik rasa cemas dan susah nak gembira/bahagia 

Mungkin nampak biasa, tetapi perasaan cemas dan kebimbangan yang berlebihan boleh menganggu aktiviti harian kita.

Foto – Calm Clinic

Kesan daripada perasaan tersebut boleh akibatkan rasa berdebar-debar, berpeluh, sesak nafas, mudah menangis dan tiada semangat untuk hidup.

Kalau kamu ada alami beberapa gejala di atas, segera dapatkan bantuan okay?

Tags: gangguan mentaltanda masalah kesihatan mental
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Tanpa Siapa Sedar, 4 Gejala Gangguan Mental Ini Ramai Yang Alami

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.