Tahukah kamu kanser payudara juga berlaku dalam kalangan lelaki? Kanser ini tidak eksklusif untuk wanita dan juga boleh menyerang lelaki.
Kebanyakan orang menganggap bahawa lelaki tidak mendapat kanser payudara. Walaupun kanser payudara adalah lebih biasa di kalangan wanita, lelaki mempunyai sedikit tisu payudara dan boleh menghidapi kanser payudara juga.
Walaupun jarang berlaku, kebanyakan lelaki yang menghidap kanser ini selalunya didiagnosis pada peringkat yang lebih lanjut. Ini kerana ramai lelaki tidak sedar bahawa mereka boleh mendapat kanser payudara, dan oleh itu tidak mempunyai rutin pemeriksaan biasa.
- Dr. Jenson Sow Wen Jen, Resident Consultant Oncologist, Aurelius Hospital Nilai
Dr. Jenson Sow Wen Jen, Resident Consultant Oncologist di Hospital Aurelius Nilai berkata;
“Walaupun kanser payudara adalah penyakit biasa di kalangan wanita, lelaki juga harus sedar dan mengetahui tanda dan gejala untuk pengesanan awal. Seperti mana-mana jenis kanser, adalah penting untuk memahami tanda-tanda seawal mungkin, untuk mendapatkan rawatan yang betul.
“Bagi lelaki, ia lebih kritikal untuk kelangsungan hidup kerana kanser cenderung merebak lebih cepat ke organ bersebelahan kerana lelaki mempunyai tisu payudara yang kurang. Justeru, pengesanan awal kanser payudara dalam kalangan lelaki adalah penting dan boleh menyelamatkan nyawa.
Apa punca kanser payudara lelaki?
- Semakin tua – Risiko di kalangan lelaki meningkat apabila usia mereka meningkat, dan kerap berlaku di kalangan lelaki berusia lebih 60 tahun.
- Mutasi genetik – Mutasi dalam gen tertentu, BRCA1 dan BRCA2, meningkatkan risiko kanser payudara.
- Sejarah keluarga – Risiko kanser payudara lebih tinggi jika ahli keluarga terdekat menghidap kanser payudara.
- Rawatan terapi hormon – Ubat yang mengandungi estrogen, yang digunakan untuk merawat kanser prostat boleh meningkatkan risiko kanser payudara lelaki.
- Sindrom Klinefelter – Sejenis keadaan genetik yang jarang berlaku di mana lelaki mempunyai kromosom X tambahan. Ini boleh menyebabkan tahap pengeluaran estrogen yang lebih tinggi dan tahap androgen yang lebih rendah.
- Radiasi – Lelaki yang menjalani terapi sinaran pada dada mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.
- Isu testis – Kecederaan pada testis, atau pembedahan untuk membuang testis boleh meningkatkan risiko kanser payudara.
- Gangguan hati – Sirosis hati boleh menurunkan tahap androgen dan meningkatkan tahap estrogen pada lelaki, sekali gus meningkatkan risiko kanser payudara.
- Berat badan berlebihan dan Obesiti – Lelaki lebih tua yang berlebihan berat badan atau obes mempunyai risiko lebih tinggi berbanding lelaki dengan berat badan normal.
Jika kamu ingin mengetahui lebih lanjut tentang simptom, buat temu janji dengan Dr. Jenson Sow Wen Jen di www.aureliushealth.com.