Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Yeshan Sarees Lubuk Fesyen Warisan India, Buka Stor Flagship Di Pavilion Bukit Jalil

by Lisa AG
October 11, 2022
Foto - Yeshan Sarees

Foto - Yeshan Sarees

19
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Yeshan Sarees, sebuah rumah fesyen etnik India tempatan, telah melancarkan stor flagship pertamanya di Pavilion Bukit Jalil.

Dibina di atas keghairahan untuk keindahan warisan India dan tekstil yang abadi, Yeshan Sarees meletakkan penjagaan khas pada keaslian, untuk menawarkan pelanggan pengalaman yang luar biasa.

Foto – Yeshan Sarees

Terletak di Level 2 Pavilion Bukit Jalil, stor ini mempunyai keluasan 1,100 kaki persegi. Digelar sebagai The Palace oleh pengasasnya, dibentuk mengikut keagungan istana tradisional India. Stor ini berkonsep dan dibina oleh DreamDesignWorldwide (DDW), firma reka bentuk dalaman antarabangsa yang dipaparkan dalam New York Times.

Dekorasi Agung Warisan India

Foto – Yeshan Sarees

Pintu berkembar katu jati yang indah menarik pengunjung ke ruang utama yang dihias indah dengan jubin terracotta, permaidani sutera Parsi, lampu Mughal, panel ukiran merak setinggi 8 kaki dan sofa burung merak buatan tangan emas antik. Siling pula dilukis dengan tangan adalah gambaran ikon India klasik seperti Taj Mahal dan harimau Bengal.

IKLAN

Yeshan Sarees Lubuk Couture Mewah

Di Yeshan Sarees, terdapat koleksi pakaian etnik ready-to-wear seperti saree, lehengas dan kurtis, tetapi highlight untuk ‘Proudly’, koleksi couture mewah yang ditempah khas dilancarkan sempena pembukaan stor.

Foto – Yeshan Sarees

Dibuat dengan sulaman rumit dan hiasan mewah yang diilhamkan oleh fesyen etnik India. Menggunakan tenunan sutera dan kerja tangan tradisional seperti zardozi, dabka, dan kantha. Proudly adalah lambang kemewahan, setiap jahitan merupakan penjelmaan ketukangan artisan yang indah menampilkan Kanjivaram yang mewah, Banarasi Katans yang rumit, kraf tangan dan lehengas buatan tangan.

Foto – Yeshan Sarees

Koleksi Proudly hanya tersedia mengikut pesanan pelanggan. Ini memastikan bahawa setiap inci disesuaikan dengan imaginasi pelanggan.

Jadi, kalau kamu ingin mencari fesyen etnik India, Yeshan Sarees adalah lubuk terbaik. Untuk mengetahhi lebih lanjut tentang Yeshan Sarees, sila layari www.yeshansarees.com.

Tags: fesyen indiapavilion bukit jalilyeshan sarees
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Yeshan Sarees Lubuk Fesyen Warisan India, Buka Stor Flagship Di Pavilion Bukit Jalil

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.