Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Pavilion REIT Malls: Apa Yang Best Sempena Perayaan Deepavali Kali Ini?

by Soph.Azz
October 11, 2022
Foto - Pavilion KL

Foto - Pavilion KL

14
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

 Tinggal lebih kurang dua minggu sebelum kita menyambut perayaan Deepavali!

Sempena dengan Festival of Lights, Pavilion REIT Malls mengajak kita semua untuk menyambut Deepavali; dengan reka bentuk kolam unik, hiasan yang cantik, tawaran beli-belah dan aktiviti yang menyeronokkan sehingga akhir Oktober ini!

PAVILION KUALA LUMPUR 

Di Pavilion Kuala Lumpur (KL), pastikan kamu singgah melihat hiasan gajah dan kolam berwarna-warni di Crystal Fountain yang ikonik. Manakala hiasan dalaman pusat beli-belah ini diinspirasikan oleh reka bentuk sari dan warna pelangi.

Foto – Pavilion KL

Tambahan pula, jangan lepaskan peluang untuk:

  1. Tonton persembahan oleh Temple Fine Arts pada 8,9,15 dan 16 Oktober dari jam 3 petang hingga 3:30 petang di pintu masuk utama.
  2. LUSH pula tawarkan produk badan dan mandian bertemakan Deepavali.
  3. Untuk minyak wangi wanita dan lelaki, dapatkan khas daripada Amouage.
  4. Hiasi diri dengan timbunan kristal dalam rona rose gold daripada Swarovski.
  5. Dadi Cinema turut tawarkan filem blockbuster terbaru dan menarik sepanjang Deepavali.
  6. Nikmati hidangan India Utara di Royal India serta pencuci mulut dan kopi di The Coffee Academics.
Foto – Pavilion KL

GANJARAN & HADIAH PERCUMA:

  • 7-30/10: Setiap perbelanjaan RM150 atau RM100 (guna kad MayBank) dalam satu resit di kedai runcit atau F&B; pembeli diberi paket Deepavali
  • Pemegang kad MayBank diberikan cawan teh Vatiri percuma jika belanja RM500 dalam satu resit di kedai runcit atau F&B.
  • Pemegang kad MayBank diberi hadiah percuma Pyrex Country Rose Carafe & Mug jika belanjakan RM2000 dalam satu resit.

DA MEN USJ 

‘Alight With Joy‘ dengan nikmati hiasan tanglung tradisional India dan kolam yang dibuat dengan saree serta gelang berwarna-warni. Bukan itu saja, kamu juga boleh dapatkan pakaian dan makanan ringan untuk Deepavali nanti.

IKLAN

Foto – Da Men USJ

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati:

  1. Setiap hujung minggu sehingga 23 Oktober, serlahkan penampilan dengan seni Henna dan aksesori yang disediakan.
  2. Pertandingan Deepavali Kids Indian dan Belly Dance untuk kanak-kanak (4-15 tahun) pada 30 Oktober.
Foto – Da Men USJ

GANJARAN & HADIAH PERCUMA:

  • Sertai peraduan ‘Teka & Menang‘ untuk menangi hadiah seperti wireless vacuum, slow cooker, non-stick pot dan banyak lagi; bagi perbelanjaan minimum RM50 dalam satu resit seluruh pusat beli  belah atau RM150 satu resit Jaya Grocer.
  • Sehingga akhir Oktober: ‘BIG Spender‘ dengan minimum RM380 seluruh pusat beli-belah atau RM480 Jaya Grocer dalam 2 resit gabungan layak tebus baucar tunai RM50.
  • “SPEND & Lepak” untuk tebus baucar F&B dan filem Dadi Cinema apabila berbelanja minimum RM180 seluruh pusat beli belah atau RM280 Jaya Grocer dalam 2 resit gabungan.

INTERMARK MALL 

Bekerjasama dengan Temple of Fine Arts, Intermark Mall memperkenalkan “Ode to Odissi” iaitu penghormatan pada tarian Odissi di pantai timur India. Di Ground Atrium, pelbagai kostum Odissi, penutup kepala dan aksesori serta sari Odisha dipamerkan.

Foto – @intermarkmall (IG)

Bila kunjungi Intermark Mall, selami:

  1. Koleksi Carven Ong yang direka eksklusif mempamerkan kemeriahan merak di Level 1.
  2. 15 Oktober 2022, Temple of Fine Arts membuat persembahan perayaan pada jam 1 tengah hari.
  3. Bazar Intermark Mall di Ground Atrium menyajikan pilihan aksesori pilihan tangan dari HIAS, baju dan aksesori dari Cashmere Creation, biskut dari Cookies by Yusa serta beg daripada Hueysybags.
  4. Seni Henna ‘Mehndi’ dengan rekaan menarik setiap hujung minggu (15, 16, 20, 21, 25 dan 26 Oktober) pada jam 1 petang hingga 3 petang di Ground Atrium.

GANJARAN & HADIAH PERCUMA:

  • Pembeli yang berbelanja RM10000 dan ke atas dalam satu resit boleh menebus baucar tunai Oriental Signature bernilai RM100.

Selamat membeli-belah dan menyambut perayaan Deepavali!

Tags: Da Men USJdeepavaliintermark mallPavilion KL
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Pavilion REIT Malls: Apa Yang Best Sempena Perayaan Deepavali Kali Ini?

  3. 3

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  4. 4

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.