Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Aduhai Cara Delevinge! Kisah Hidup Upside Down Model Ini Merisaukan…

by Indah Aziz
October 9, 2022
Foto - Arkib DIVA

Foto - Arkib DIVA

26
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Musim fesyen kian rancak bermain di New York, Milan dan seterusnya di London. DIVA teruja melihat rentak para model berjalan dipentas peragaan dan sudah tentu menyaksikan kreativiti potongan koleksi feysen akan datang oleh label gah.

Tatkala sedang asyik melayar, DIVA tertarik dengan kemunculan wajah yang seakan telah terpadam dalam dunia modelling. Cara Delevinge, model kesayangan mendiang Karl Lagerfeld muncul semula di Minggu Fesyen Paris pada akhir September lalu.

Beliau seperti biasa kelihatan anggun dan sofistikated dengan sepersalinan suit hitam dan sepatu tinggi ringkas.

Foto – Instagram @caradelevinge

Namun begitu, ramai yang tidak tahu masalah kesihatan mental yang dihadapi model ini. Sehingga Cara sanggup pencen awal dari kerjayanya pada tahun 2016.

Cara Delevinge mempunyai keluarga yang berstatus bangsawan. Jadi ada yang menganggap tidak sulit untuk dia mengejar populariti dan serta mencari risikan ejen modelling terbaik untuknya. Sedar atau tidak, rupanya Cara turut mengalami masalah kesihatan mental yang diwarisi oleh ibunya.

Cara menghidapi Dyspraxia iaitu masalah perkembangan bagi pergerakan dan kordinasi tubuh badan kanak-kanak serta lambat pembelajaran. Jadi, Cara lebih senang memilih untuk bekerja sebagai model sejak usia 10 tahun lagi!

Foto – Neonscape / Australia Times

Mana tidaknya setelah hampir 20 tahun bergelumang sebagai model dan privasiya dicabul. Kesannya mula tinggal apabila foto-foto aneh dan aib Cara tersebar. Sekitar awal tahun ini banyak juga momen janggal yang dipamerkan oleh bekas model ini.

IKLAN

Muncul bersama bff, Megan Thee Stallion di 2022 Billboard Music Awards. Dari awal karpet merah hingga ke tempat duduk, Cara dilihat tidak beradab dan kelam kabut.

Foto – People

Model berusia 30 tahun ini dilihat berkaki ayam, keliru dan berjalan kekok semasa berada di luar bangunan lapangan terbang Los Angeles.

Foto – O Tempo

Lebih mengejutkan, Cara pernah berhubungan romantis bersama Amber Heard ketika pelakon itu digelar isteri Johnny Deep.

Foto – MensXP

Bukan sahaja rakan terdekat yang khuatir dengan situasi Cara. Para peminat juga sudah maklum tentang masalah ketagihan dadah yang dihadapi oleh bekas model ini. Ia merisaukan dan boleh menyebabkan kesan yang lebih parah.

Sayang sekali apa yang berlaku pada Cara Delevinge. Biarpun pernah hidup dalam kemasyhuran tenyata ia sama sekali tidak mententeramkan. Kejayaan yang diperoleh sepanjang pernah digelar model terbaik tidak mengembirakan Cara.

“Of course, I was proud of my accomplishments, but I wasn’t genuinely happy.” – Cara Delevinge

Foto – ELLE

DIVA tetap doakan yang terbaik untuk Cara, terkenang zaman kegemilangan beliau berjalan di pentas Victoria’s Secret dahulu.

Tags: biodata cara delevingemasalah cara delevingesiapa cara delevinge
Share10SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - Vogue Mexico
Selebriti

Ingat Lagi Gadis 2 Fast 2 Furios? Ini Update Terbaru Tentang Deon Aoki

March 4, 2023
Foto - allt
Selebriti

Poyd Treechada Cantik Dari Wanita Sebenar, Diakui Lady Boy Paling Menawan Di Thailand

February 25, 2023
Foto - The Edge
Selebriti

Gemar Dating Gadis Muda, Leonardo Dicaprio Kini Galak Bercinta Model Usia 19 Tahun!

February 19, 2023
Foto - The Independent
Selebriti

Apa Khabar Paris Hilton? Sedikit Perkembangan Baru Tentang Ikon Fesyen Y2K

February 11, 2023

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Aduhai Cara Delevinge! Kisah Hidup Upside Down Model Ini Merisaukan…

  3. 3

    Hidu Vicks Inhaler Batal Puasa? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.