Sukan larian tidak asing lagi, bahkan sejak dunia dilanda pandemik Covid-19. Ramai yang telah mengalih langkah untuk memulakan gaya hidup sihat dengan bersenam. Ya, senaman yang paling mudah, murah dan menyeluruh ialah larian.
Aktiviti berlari atau jogging antara pilihan yang terbaik. Apa yang anda perlu ialah sepasang kasut larian yang bagus.
Namun begitu, anda kena faham untuk larian jarak jauh seperti jogging memerlukan kasut yang tahan lama dan ringan. Paling penting ia tidak memberi tekanan pada kaki. Jadi bila hendak memilih kasut jogging, jangan semata-mata kerana jenama atau hype.
Mari lihat kasut jogging terbaik yang DIVA cadangkan untuk anda beli tahun ini.
#1 New Balance Women’s Fresh Foam X 1080v12 [BELI]
Kualiti Fresh Foam X pada kasut ini membuatkan langkah larian terasa ringan dan lembut pada tapak kaki. Lengkuk bahagian tengah dan hadapan lebih lebar bagi keselesaan semasa larian jarak jauh. Ditambah pula Hypoknit bahagian luar kasut untuk pengudaraan dan sokongan pada setiap henjutan kaki.
#2 Asics Women Gel-Kayano Lite 3 [BELI]
Koleksi kasut Gel-Kayano antara yang dicadangkan oleh Asics untuk kasut larian jarak jauh. Ia dikendalikan oleh teknologi GEL™ yakni tapak kusyen yang dapat menyerap tekanan dengan cemerlang. Malah ciri kejuruteraan seperti 3D SPACE CONSTRUCTION™ dan OrthoLite™ direka untuk mengimbangi hentakan serta memastikan kaki tetap selesa dan diperkemas lariannya.
IKLAN
#3 Adidas Women Supernova 2 Running Shoes [BELI]
Langkah larian lebih lembut kerana dipacu dengan kusyen yang melindungi sepanjang lekuk kaki anda. Tapak tumit yang diperkenal sebagai Boost yakin dapat menyerap segala tekanan hentakan dan dilancarkan pula busa hadapan EVA untuk derapan yang lancar. Pilihan fabrik mesh turut untuk memberi impak pada larian, bagi mengelakkan kaki panas.
#4 Hoka One One Arahi 4 – Women’s Stability Running Shoes [BELI]
Koleksi Arahi edisi keempat dari Hoka One One lebih terarah kestabilan larian terutamanya untuk aktiviti larian yang lama. EVA J-Frame™ diperkenal untuk sokongan kaki terasa lebih ringan dan boleh membuat langkahan jauh. Struktur rekaan kasut yang ringkas sebegini cekap meningkatkan prestasi larian anda.
#5 Nike React Infinity Run Flyknit 3 Women’s Road Running Shoes [BELI]
Baru sahaja dari NIKE! Koleksi kasut lari React Infinity Run Flyknit 3 lebih lembut, stabil dan selesa. Ia sesuai juga untuk dipakai larian pendek dan paling penting kasut tahan lasak atas jalan raya. Teknologi busa terbaru ini mengurangkan risiko kecederaan semasa melangkah.
Sebaiknya dapatkan juga nasihat perunding kasut sukan untuk bentuk, ukuran kaki dan tabiat larian anda. Supaya larian anda lebih baik dengan kasut yang tepat.