Baru pertama kali dengar foundation balm?
Sebenarnya kategori balm untuk produk foundation baru sahaja dipopularkan. Bagi DIVA ia cukup unik dan DIVA tertarik dengan pemakaian foundation ini lebih mudah dan memberi hasil mekap semulajadi.
Bedak asas jenis balm ini dicipta seperti krim lembut dan kemudian akan meninggalkan kesan seperti memakai bedak alas. Ia mampu melitupi cela wajah secara sederhana dan dapat meninggalkan kesan kulit lebih halus (tidak bercapuk).
- Foto – readmylip.stick
Sama seperti jenis foundation yang lain. Anda boleh memilih foundation balm mengikut kondisi kulit, tona dan finishing.
Kelebihan foundation balm
- Ringan seumpama tinted moisturizer. Ia boleh dipakai untuk kesan mekap ‘no-makeup’.
- Ia boleh dilapisi mengikut kehendak si pemakai, samada dari medium coverage hinggalah full-coverage.
- Mudah disimpan, tidak tumpah dan tahan lama.
- Foto – My Imperfect Life
Cara guna foundation balm
Boleh guna jari jer! Atau untuk hasil foundation yang sempurna seakan-akan kulit anda boleh guna berus jenis flat-brush. Sapu keseluruhan wajah secara satu arah keatas.
Kalau anda ingin tutup cela seperti tompok gelap hiperpigmentasi atau parut jerawat. Tambah produk keatas kawasan bermasalah. Kemudian ‘dab dab’ sehingga foundation sekata.
IKLAN
Foundation balm yang boleh anda cuba…
KVD Beauty Good Apple Skin-Perfecting Foundation Balm [CUBA]
Satu-satunya foundation balm yang ada di Sephora Malaysia setakat ini! Ia diformulasi matte untuk mereka kulit berminyak dan kombinasi. Malah dengan ekstrak epal untuk membantu menyuburkan kulit. Jangan khuatir foundation ini non-comedogenic, ia tidak akan menyumbat pori-pori.
- Foto – Pretty My Profession
Luxcrime Ultra Cover Balm Foundation [CUBA]
Jenama kecantikan dari Indonesia telah mengeluarkan balm tersendiri! Formula krim padat diperkaya degan vitamin E, minyak Roseship dan Camomile untuk hasil licin dan ringan pada kulit. Foundation balm Luxcrime tahan lama dan dijual pada harga yang berpatutan.
- Foto – Urbanasia
Dapat sesuatu? Kongsi dengan rakan solek kamu!