Psst… Pencinta K-Beauty dan jenama Laneige pasti teruja dengan berita ini!
Laneige sekali lagi berkolaborasi dengan Maison Kitsuné yang mengeluarkan NEO Cushion edisi terhad dalam rona oren hangat dan kelabu.
NEO Cushion yang ditampilkan dalam rona oren dan kelabu ini diperkemaskan dengan ilustrasi “Chillax Fox” iaitu logo ikonik Maison Kitsuné.
IKLAN
- Foto: Laneige x Maison Kitsuné
Bertemakan “HEY NEO, WHY SO GRAY“, koleksi ini menampilkan NEO Cushion dalam kemasan matte. Warnanya pula boleh didapatinya dalam dua pilihan iaitu 21N dan 23N.
Dan apa yang paling best, NEO Cushion ini didatangi dengan dua pilihan beg iaitu padded eco bag dan phone holder crossbody bag. Item ini tersedia bersama dengan NEO Cushion dan tidak boleh dijual secara individu.
- Foto: Laneige x Maison Kitsuné
Laneige x Maison Kitsuné boleh dijual dalam tiga set iaitu:
- Laneige x Maison Kitsuné (NEO Cushion Matte 21N/23N) + Eco Bag: RM270
- Laneige x Maison Kitsuné (NEO Cushion Matte 21N/23N) + Crossbody Bag: RM260
- Laneige Neo Cushion Glow & Matte: RM170
- Foto: Laneige x Maison Kitsuné
Beli di [WEB], butik dan peruncit Laneige. Atau di [FACEBOOK], [INSTAGRAM], [LAZADA], [SHOPEE], [ZALORA], [HERMO] dan GrabMart.