Khas untuk kamu yang tengah merancang untuk bercuti dalam masa terdekat atau tahun depan, DIVA ada tawaran best untuk kamu!
Hotel dan resort Hyatt Malaysia telah melancarkan tawaran “Duduk Lama, Jimat Banyak”. Bermula sekarang hingga 31 Oktober 2022 kamu boleh tempah penginapan; untuk percutian di antara 4 Oktober 2022 – 30 April 2023 di lokasi terpilih, seperti:
#1 Hyatt Centric Kota Kinabalu
Berhampiran dengan kafe, bar, kedai, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dan Kompleks Sukan Likas. Hotel 222 bilik ini dilengkapi dengan balkoni peribadi yang menghadap bukit hijau dan Laut China Selatan.
- Foto – Hyatt Hotel & Resort
2 tingkat teratas hotel ini ada kolam infiniti bermata dua, tempat makan ON22 dan bar atas bumbung ON23 yang menghadap pemandangan matahari terbenam yang terbaik.
#2 Hyatt Regency Kinabalu
Jarak 15 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota KInabalu dan 5 minit dari pelabuhan laut, hotel ini berada di tengah hab perniagaan, pust beli-belah dan juga hiburan.
- Foto – Hyatt Hotel & Resort
Hotel 288 bilik menjadi ‘pintu masuk’ ke lokasi menarik seperti pulau eksotik Taman Laut Tunku Abdul Rahmad dan Gunung Kinabalu.
#3 Grand Hyatt Kuala Lumpur
Terletak berdekatan dengan tempat tarikan menarik, kamu boleh nikmati pelbagai hidangan yang best di THIRTY8 dan JP Teres di hotel ini. Atau pun nikmati pengalaman makan malam istimewa di The Grand Gateway dan Le Petit Chef.
- Foto – Hyatt Hotel & Resort
Sambil berehat di hotel ini, segarkan diri dengan urutan ramuan khas di ESSA Spa, pusat kecergasan 24 jam dan kolam renang luar.
IKLAN
#4 Alila Bangsar Kuala Lumpur
- Foto – Hyatt Hotel & Resort
Memiliki 143 bilik yang bergaya kotemporari, Alila Bangsar senang diakses memandangkan ia dihubungkan dengan stesen LRT bangsar dan boleh berjalan kaki dari KL Sentral.
#5 Hyatt House Kuala Lumpur, Mont’ Kiara
Terletak beberapa minit dari Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Hyatt House ini mempunyai 298 bilik hotel dan suite dapur serba lengkap.
- Foto – Hyatt Hotel & Resort
Di Hyatt House ini, kamu boleh nikmati makanan di restoran 290 meter persegi, ruang mesyuarat, pusat kecergasan, kolam langit dan bar atas bumbung premium.
#6 Hyatt Regency Kuantan Resort
Berada di tepi pantai Teluk Cempedak, Hyatt Regency Kuantan Resort ini menampilkan 300 bilik termasuk suite Regency Club dan 2 kolam renang menghadap pemandangan Laut China Selatan.
- Foto – Hyatt Hotel & Resort
Resort ini memiliki Bayou Spa yang menawarkan pelbagai khidmat terbaik, pilihan tujuh restoran dan bar untuk setiap pelanggannya.
TAWARAN MENARIK UNTUK AHLI WORLD OF HYATT
Ahli World of Hyatt boleh menggandakan pendatapan mereka. Dan manfaatkan sepenuhnya penginapan pada hujung tahun ini dengan tawaran Bonus Journeys. Sehingga 15 November 2022, ahli World of Hyatt bleh maksimumkan pendapatan mereka menerusi:
- Double Points: Antara 15 September-20 Disember 2022, ahli boleh peroleh mata berganda jika menginap selama 2 malam atau lebih di semua hotel Hyatt termasuk Hotel Hyatt Malaysia, MGM Resort, Small Luxury Hotels of the World (SLH) dan Ekspedisi Lindbland.
- Night Count Double: Setiap Tier-Qualifying Night di penginapan yang layak; lebih daripada 65 hartanah Koleksi Inklusif di Amerika akan dikira sebagai dua malam menuju status World of Hyatt. Ahli boleh manfaatkan Bonus Journeys di Mexico, Costa Rica, Panama, Caribbean dan banyak lagi.
Tempah di [SINI] sekarang!