Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Selain Yeezy, Ini Slides Getah Yang Boleh Kamu Sarung Ala Kendall Jenner

by Indah Aziz
October 9, 2022
Foto - Farfetch

Foto - Farfetch

14
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Selesa, bergaya dan ringkas telah buat ramai menyarung slides getah begini. Jika dulu dianggap seperti selipar tandas, tapi kini boleh lihat sendiri ia dijadikan sebagai gaya fesyen terutamanya street style.

Kita semua boleh berterima kasih kepada Kendall Jenner, beliau antara selebriti / supermodel yang pertama melangkah yakin dengan slides getah. Kalau anda buat carian slides getah, memang bersepah gambar-gambar Kendall menyarung slides dengan pakaian sukan atau sekadar t-shirt kasual.

Foto – Kendall Jenner Instagram / CelebsFirst

Sudah tentulah si tinggi lampai ini memakai rubber slides dari label Yeezy, milik bekas abang iparnya, Kanye West. Tidak dinafikan, rekaan slides Yeezy mengubah persepsi terhadap selipar atau sandal. Revolusi untuk fesyen yang lebih selesa, futuristik dan paling penting minimalis kalau dibenarkan.

Adidas Yeezy [BELI] 

Foto – Sneaker News

Jika anda mahu slides selain Yeezy? Nah, DIVA tampilkan beberapa pilihan alternatif untuk anda…

Nike Jordan Sophia Women’s Slides [BELI]

Kusyen yang lembut jadi taruhan slides Nike ini. Ia sangat selesa dipakai pada bila-bila masa sahaja termasuklah ketika musim salji. Tapak slides yang tebal dan ditambah kusyen silang dibahagian atas yang turut beri kehangatan pada kaki.

IKLAN

Foto – NIKE

Puma Popcat Patent Women’s Sandal [BELI]

Slides getah ringkas dari Puma untuk dibawa ke pantai atau sebagai persalinan selepas bersukan. Bahagian logo atas diperincikan dengan kilatan logo umpama bagi menaikkan sisi kelas high fashion.

Foto – PUMA

Hugo Boss Red Logo Label Slides [BELI]

Manis sungguh slides merah jambu Hugo Boss dan itu antara sebab jadi perhatian DIVA. Rekaan slides ergonomik dibantu dengan material yang ringan membuatkan slides ini cukup selesa seolah-olah berjalan diatas awan.

Foto – HUGO BOSS

Adidas Adilette Boost Slides [BELI]

Koleksi terbaru slides Adidas yang lebih ringkas dan serasi untuk dipakai pada musim panas.   Seperti rekaan aksesori Adidas yang lain, tidak ketinggalan tiga jalur ikoniknya.

Foto – Adidas

Penulis pun memang suka sangat dengan slides getah. Setakat mahu ke pasar, menonton wayang atau bersiar di taman atau pantai memang ini jadi pilihan. Tak lenguh kaki, selesa dan boleh buat lagi kaki berjalan jauh.

Happy shopping guys! 

Tags: fesyen slidesrubber slidesyeezy malaysia
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Selain Yeezy, Ini Slides Getah Yang Boleh Kamu Sarung Ala Kendall Jenner

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.